berita

Selepas 3 Tahun Menduda, Zul 2 By 2 Dedah Wajah Bakal Isteri, Netizen Doa Urusan Dipermudahkan

June 16th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sudah tiga tahun menjalani kehidupan sebagai seorang duda, vokalis kumpulan 2 By 2 iaitu Zulkifli Majid dipercayai sudah menemui wanita yang tepat untuk dijadikan suri hidupnya.

Pilih tarikh 1 November?

Menerusi Instagram Zul, pelantun suara ‘Kau Mawarku’ ini dilihat memuat naik foto seorang wanita yang bertudung coklat. Wanita tersebut dipercayai tunang Zul. Ini kerana, pada 30 Mei yang lalu, penyanyi dan komposer tersebut telah memberi bayangan kepada pengikutnya di media sosial bahawa dia sudah melamar seorang wanita.

Melamarmu. Semoga semuanya berjalan dengan lancar amin.

Lebih mencuri perhatian, Zul turut menulis kapsyen 1 dan 11 beserta emoji ‘love’. Menurut dakwaan netizen, Zul seolah memberi bayangan sekali lagi bahawa dia akan menamatkan zaman duda dalam masa terdekat. Di samping itu, cara Zul membalas komen setiap pengikutnya di Instagram turut mengukuhkan lagi dakwaan tersebut.

Tahniah abang Zul

Rata-rata peminat berdoa agar urusan Zul dan pasangannya dipermudahkan. Mereka turut meluahkan rasa gembira apabila Zul ingin menamatkan zaman duda dalam masa terdekat.

Sebelum ini, Zul pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi, Ismaliza Ismail iaitu kakak kepada Tomok. Hampir 20 tahun hidup bersama, pasangan ini memilih jalan untuk berpisah dan membawa haluan masing-masing. Menerusi perkahwinan itu juga, mereka dikurniakan lima cahaya mata iaitu Muhammad Haiqal Aiman, 23, Muhammad Haiqal Aydiel, 22, Seri Aida Merlissa, 20, Seri Ayreen Merlynda, 18, dan Seri Adryana Mercella, 14.

Sumber: Zul 2 by 2

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×