berita

Selepas 48 Tahun Ikat Tali Pertunangan, Pasangan Kekasih Ini Buat Keputusan Untuk Berkahwin

June 21st, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Kalau dah jodoh tak kemana. Setelah 48 tahun mengikat tali pertunangan sejak 1973, akhirnya pasangan kekasih yang berasal dari London ini membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga walaupun usia mereka sudah mencecah 70-an.

Tunang pada tahun 1973

Dave Scott serta isterinya, Pamela yang berusia 72 tahun dikatakan telah bertemu buat pertama kalinya pada tahun 1969 dan pada ketika Scott berumur 26 tahun. Empat tahun kemudian, mereka telah merancang untuk bertunang, malangnya mereka tidak melangsungkan perkahwinan kerana terdapat beberapa kekangan yang perlu dihadapi.

Dave berkata pertunangan mereka pada tahun 1973 itu merupakan sebuah memori yang tidak akan mudah dilupakan kerana suasana ketika itu meriah dan penuh dengan memori indah.

Saya mengadakan majlis pertunangan pada 1973 dan merupakan malam yang hebat.

Namun,  mereka terpaksa menangguhkan perkahwinan seperti dirancang kerana kehidupan dan dugaan hidup yang menjadi rumit.

Buat keputusan untuk kahwin selepas 48 tahun bertunang

Lelaki berusia 78 tahun itu turut mengakui bahawa pada ketika itu dia tidak mempunyai pekerjaan tetap dan terpaksa menjaga ibu bapanya yang sudah uzur. Lebih mengejutkan lagi, apabila Pamela memberitahu Dave bahawa dia disahkan hamil.

Kami terkejut kerana dia berusia 40 tahun dan saya 46 tahun pada ketika itu dan disebabkan perkara itu, perkahwinan yang dirancang terpaksa ditangguhkan

Akhirnya dia bersama wanita pilhannya bersetuju untuk mendirikan rumah tangga apabila anak lelaki mereka Dean, 32, telah merancang dan menetapkan tarikh perkahwinan dengan pasangannya, Tayla pada Oktober ini.

Dean berasa terkejut apabila mendengar pengumuman bapanya itu yang hendak berkahwin setelah bertahun mengikat tali bertunang dan Dave juga memberitahu bahawa dia sudah membuat keputusan untuk berkahwin dengan Pamela.

Kami berkahwin sebelum Dean. Dia terkejut kerana kami berdua akhirnya membuat keputusan untuk berkahwin selepas satu tempoh pertunangan yang lama.

Sumber : The Sun 

SKIP THIS AD ×