Sebelum ini, pelakon Aiman Hakim Ridza dan isterinya, Zahirah Macwilson disahkan positif Covid-19 pada Februari.
Artikel berkaitan : Dugaan Februari.. Aiman Hakim Ridza & Zahirah Macwilson Positif Covid-19, Bergilir Jaga Isaac Raees
Terbaharu, anak pasangan selebriti ini iaitu Isaac Raees turut disahkan positif Covid-19.
Isaac Raees disahkan positif Covid-19
Menerusi hantaran di Instagram Stories, Zahirah mendedahkan bahawa anak lelakinya itu disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian PCR.
Salam cik, result PCR anak cik positive ya.
Terdahulu, pelakon berusia 27 tahun ini disahkan positif pada 20 Februari lalu dan mengalami gejala sakit tekak, batuk, selsema dan mula keletihan.
Sementara itu, segala tugas untuk menjaga Isaac Raees diberikan sepenuhnya kepada Aiman termasuklah menyediakan makanan. Bagaimanapun, Aiman telah dijangkiti terlebih dahulu selepas menjadi kontak rapat pada 1 Februari lalu.
Di InstaStory
Sumber : zahirahmacwilson