

Selepas anaknya, Aliff Syukri dan cucu, Qadejah El Zahra melancarkan lagu raya, kini giliran usahawan, Rozita Ibrahim pula bakal tampil dengan buah tangan terbaharu bersempena Aidilfitri.
Artikel Berkaitan: ‘Nak Perkahwinan Bertahan Lama, Jangan Libatkan Orang Luar Termasuk Mak Ayah & Keluarga’ – Aliff Syukri
Artikel Berkaitan: Anak Sahkan Rozita Ibrahim Sudah Kahwin Baru – ‘Mereka Nikah Secara Halal & Perlu Diraikan’
Giliran bonda pula

Menerusi hantaran di TikTok JRM Holistik, dapat dilihat Rozita atau mesra disapa Bonda berada di sebuah studio rakaman.
Di ruangan kapsyen memaklumkan, usahawan itu bakal melancarkan sebuah lagu raya berjudul ‘Ready Raya’.
Semua dah ‘Ready Raya’ ke tu? Mesti tak sabar kan nak tengok bonda caras penyanyi nombor syatu (Aliff Syukri) dengan lagu raya bonda. ‘Ready Raya’ coming soon.
Pada hantaran sama, dapat dilihat juga bonda sedang menjalani penggambaran muzik video bagi lagu berkenaan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya terhibur apabila satu keluarga Aliff melancarkan lagu raya.
Malah, tidak kurang yang berseloroh dan memerli bonda yang mana dia sebelum ini menegur Aliff disebabkan lagu raya yang diterbitkan mengundang pelbagai kecaman.
Pada Aidilfitri tahun ini, Aliff tampil dengan lagu raya berjudul Raya Ya Ya duet bersama Iman Troye.
Manakala, Qadejah pula tampil dengan lagu raya berjudul Raya Gen Z duet bersama Alyssa Dezek, Ara Aziz dan Cik B.
Sumber: TikTok








