berita

Selepas ‘Comel Pipi Merah’, Netizen Teruja Aafiyah Muncul Dalam MV ‘Kuasa Cintamu’

December 2nd, 2020 | by Amirul Asraf
Video Popular

Berkongsi cerita dalam lagu, muzik video terbaru Datuk Seri Siti Nurhaliza berjudul ‘Kuasa Cintamu’ yang telah dilancarkan semalam, menyaksikan kemunculan istimewa puteri tersayang, Siti Aafiyah Khalid dalam klip berkenaan.

Penampilan Aafiyah dalam muzik video arahan Adriana Tunku itu, menceritakan penantian Tokti untuk mendapatkan Aafiyah yang dianggap anugerah Allah tidak ternilai.

Kemunculan selepas ‘Comel Pipi Merah’

Siti mendapat pengalaman baharu kerana penggambaran video muzik ini dilakukan dalam satu turutan tanpa henti. Saya perlu menukar menukar persalinan dalam masa beberapa saat sahaja. Kami mencuba beberapa kali dan akhirnya pengarah mengambil hasil terbaik daripada penggambaran itu.

Menurut Tokti, lagu ‘Kuasa Cintamu’ ciptaan Melly Goeslow dengan lirik yang dihasilkan olehnya sendiri ini merupakan hadiah buat para peminat. Di samping itu, ianya juga merupakan lagu yang istimewa buat Aafiyah. Ini kerana lirik lagu tersebut mengisahkan perjalanan hidup Tokti sejak dilahirkan sehingga mendirikan rumah tangga dan memiliki zuriat.

Jelas Tokti lagi, lagu ‘Kuasa Cintamu’ ini sarat dengan emosi dan pendengar dapat mengetahui bahawa cinta yang sifatnya universal. Sebagai contoh, cinta manusia kepada Tuhan, pasangan, ibu bapa, keluarga dan anak. Sebelum ini, Aafiyah pernah muncul dalam muzik video Comel Pipi Merah ketika masih bayi dan ini merupakan muzik video kedua kemunculannya.

Hebat perjuangan Tokti

Setakat ini, lebih daripada 168 ribu orang sudah menonton muzik video ‘Kuasa Cintamu’ di Youtube. Rata-rata peminat dan netizen memberikan pujian mengenai lagu tersebut. Mereka turut menitiskan air mata apabila mengenang perjalanan hidup Tokti sejak awal dalam industri sehingga mendapat Aafiyah.

Sumber: Siti Nurhaliza

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×