berita

Selepas Dapat Baby Kembar, Zizie Ezette Selamat Lahir Anak Ketiga

March 2nd, 2019 | by Amat
Lensa Insta

Sebelum ini pelakon Zizie Izette sering berkongsi beberapa foto dan video telatah comel pasangan anak kembarnya, Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette di akaun Instagramnya. Dia juga pernah mengumumkan kehamilannya selepas berkongsi video anak hisap jari kaki.

Terbaru, isteri kepada YB Dato’ Sri Bung Moktar memuatnaik foto dan mengumumkan kelahiran cahaya mata perempuan. Tahniah Zizie Izette dan suami!

Thank you everyone for your doa

Zizie Izette baru saja melahirkan anak perempuan pada jam 12:06 tengah hari (Jumaat). Bayi seberat 3.32kg itu dilahirkan dengan selamat dan Zizie Izette juga menzahirkan ucapan terima kasih dan doa dari semua kenalan.

Tahniah!

Pelakon ini juga kongsi beberapa foto di IG Story detik-detik paling bermakna dalam hidupnya dan suami Dato’ Sri Bung Moktar dikurniakan cahaya mata perempuan. Tidak sabar nak tahu nama puteri Zizie Izette ini. Tahniah Zizie dan suami!

Sumber: Zizie Izette

SKIP THIS AD ×