berita

Michelle Yeoh Kini Bergelar Tan Sri

June 3rd, 2013 | by Ai
Kini Trending

Tan Sri Michelle Yeoh

Anugerah demi anugerah, mungkin itulah hadiah yang paling setimpal selepas kejayaan demi kejayaan yang telah dicipta oleh selebriti popular, Michelle Yeoh, 49.

Baru sahaja menerima anugerah Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) yang membawa gelaran Datuk Seri pada tahun lepas (22 Mei 2012), pelakon kelahiran Perak ini sekali lagi dianugerahkan dengan pingat Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri.

Anugerah ini diberikan sempena ulang tahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah pada hari Sabtu lepas, 1 Jun.

Dan untuk pengetahuan anda, Michelle Yeoh bukan satu-satunya selebriti kelahiran tempatan yang menerima pingat sempena hari Keputeraan Agong. Pereka kasut antarabangsa iaitu Jimmy Choo dan Zang Toi juga telah dianugerahkan pingat Panglima Jasa Negara, sekaligus memberikan mereka gelaran Datuk.

Tan Sri Michelle Yeoh sebelum ini pernah membintangi filem-filem hebat seperti Crouching Tiger Hidden Dragon, Memoirs of a Geisha, The Lady dan juga James Bond : Tomorrow Never Dies.