Penyanyi, Yazmin Aziz seakan memberi bayangan dirinya kini sedang dilamun cinta apabila memuat naik beberapa gambar bersama seorang jejaka di Instagram.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hubungan Cinta Yazmin Aziz & Simon Sudah Berakhir?

Kembali dilamun cinta

Menerusi perkongsian tersebut, Yazmin, 24, berkongsi momen mesra bersama lelaki dikenali sebagai Jasper Gaskin, sekali gus mencuri perhatian ramai.

Antara yang menjadi tumpuan ialah foto mereka berpegangan tangan ketika meluangkan masa bersama, sekali gus menimbulkan spekulasi bahawa hati penyanyi itu kini sudah berpunya.

Perkongsian tersebut turut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan peminat yang rata-ratanya gembira melihat kebahagiaan Yazmin.

Malah, ada juga yang berseloroh dengan menyatakan jejaka berkenaan dilihat lebih kacak berbanding individu yang pernah dikaitkan dengannya sebelum ini.

Terdahulu, sekitar Disember lalu, hubungan Yazmin dengan model Simon Joseph Javier dipercayai telah berakhir apabila kedua-duanya tidak lagi berkongsi momen bersama, selain memadam foto masing-masing di Instagram.

Sumber: Instagram