berita

Selepas Enam Kali, Lelaki Berjaya Bida Harta Sajat Dengan Nilai RM132,000

December 14th, 2021 | by Zulaikha
Isu & Kontroversi

Harta dan barangan milik usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali Nur Sajat yang disita mula dilelong, hari ini.

Enam kali bidaan

Memetik laporan Harian Metro, seorang lelaki berjaya membida barangan lelongan di kediaman Nur Sajat pada harga RM132,000.

Antara barangan yang disita untuk lelongan itu adalah barangan dapur, barangan di ruang tamu dan set bilik tidur di tingkat atas banglo dua tingkat berkenaan.

Difahamkan, proses lelongan terbabit disertai oleh lapan pembida sebelum ia berkurang kepada tiga pembida sebelum bidaan dibuat sebanyak enam kali dengan bidaan berakhir bernilai RM132,000.

Ketika ini, pihak peguam masih menunggu pembayaran dibuat sepenuhnya oleh pembida terbabit.

Tak boleh masuk sebab lewat

Sementara itu, seorang wanita yang berhasrat membeli barangan Sajat yang dilelong, pulang hampa berikutan proses pendaftaran untuk bidaan barangan berkenaan ditutup.

Wanita itu yang mahu dikenali Linda, 37, dari Mont Kiara, Kuala Lumpur tiba agak lewat dan cuba merayu untuk masuk namun tidak dibenarkan kerana proses bidaan sudah bermula.

Ketika ditemui media di luar rumah usahawan kosmetik itu, dia tertarik dengan barangan dekorasi yang sering ditonjolkan Sajat dalam media sosial sebelum ini.

Saya tidak kisah berapa nilai barangan itu asalkan dapat (bida). Saya bukanlah pengikutnya (Sajat) di media sosial tapi selalu nampak dekorasi rumahnya melalui videonya yang tular.

Tapi tiada rezeki saya untuk masuk walaupun sudah bawa deposit RM5,000 kerana dimaklumkan proses pendaftaran sudah ditutup.

Sumber: Harian Metro, BH Online

SKIP THIS AD ×