Sebelum ini, pempengaruh Alif Teega akui penat dengan segala hinaan dan kecaman yang dilemparkan segelintir pihak terhadapnya berhubung dakwaan dia menyalahguna duit kutipan derma.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Bersuara Orang Kata Gelabah, Koyak’ – Alif Teega
Artikel Berkaitan: Aliff Teega Nafi Terlibat Komisyen Derma 20%, Nasihat Jangan Mudah Percaya Cerita Satu Pihak – ‘Saya Hidup Dimaki Satu Malaysia Akibat Poligami’
Artikel Berkaitan: Aisyah Hijanah & Suami Dilabel Penipu, Didakwa Kutip Derma Untuk Kepentingan Peribadi?
Terbaru, Alif berkongsi sebuah video khas buat pengikutnya di media sosial. Menurut Alif, video tersebut merupakan bukti bahawa dia dan Aisyah menyertai sendiri misi bantuan dan kempen yang dijalankan selama ini.
Tiada lagi melalui Alif
Ujar Alif, semua yang dirakam di dalam video tersebut merupakan kenangan yang tidak akan dilupakan. Tambah Alif, mereka yang tidak pernah mengikuti misi bantuan dan kempen yang dijalankan sememangnya akan ada pelbagai persoalan yang bermain di fikiran.
Ini merupakan perjalan terakhir. Kalau diberi peluang lagi dan kepercayaan lagi, Alif hanya akan terlibat dengan NGO sahaja supaya terus berurusan dengan mereka.
Selepas ini, kalau nak buat sedekah pek makan, pergi lah sana. kalau ada rezeki nak wakaf Quran di sana carilah orang yang menguruskan di sana. Kalau nak sampaikan bantuan pergi beri terus dekat NGO. Tiada lagi melalui Alif. Selama ni Alif dan Aisyah hanya bantu sampaikan.
Semoga Allah beri pahala dan ganjaran besar buat kalian followers alif dan aisyah yang selama ini mengejar kebaikan. Maaf andai pengurusan Alif tidak kemas. Tapi Alhamdulillah semuanya dimanfaatkan.
Terdahulu, Alif dan isteri, Aisyah Hijanah menafikan dakwaan yang dikeluarkan oleh sebuah akaun di Facebook mengatakan mereka mengambil sebanyak 20 peratus daripada duit sumbangan yang diberikan oleh orang awam.
Jelas Alif dan Aisyah mereka hanya menjadi orang tengah dan membantu sebuah badan bukan kerajaan (NGO) untuk mendapatkan dana.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Alif Teega