Foto: Instagram Nadya Syahera
Di Instagram, pelakon Nadya Syahera berkongsi satu berita gembira memaklumkan bahawa dirinya kini sedang hamil anak ketiga. Menerusi perkongsian tersebut, Nadya meluahkan rasa syukur atas rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT.
Nadya hamil anak ketiga
Foto: Instagram Nadya Syahera
Menurut pelakon yang berusia 28 tahun itu, dia memilih untuk merahsiakan kehamilannya sehingga memasuki trimester kedua kerana bimbang sekiranya ada sesetangah pihak yang kurang senang dengan berita gembira tersebut.
Yess! number 3 is on the wayyy. Alhamdulillah.
Ada juga rasa risau mulut-mulut orang, tanggapan jahat, kata-kata yang kurang sihat untuk didengar sebab based on pengalaman before ada je orang kurang senang dengan khabar gembira kita kan. Cakap itu ni yang buatkan i tak happy dengan hal yang sepatutnya i happy. So, thats why i simpan dulu.
Bercerita dengan lebih lanjut, Nadya mengakui dia mengalami alahan yang sangat teruk pada awal kehamilannya namun selepas memasuki trimester kedua, keadaannya beransur baik. Nadya juga memohon agar orang ramai mendoakan kesihatan dirinya dan bayi dalam kandungan.
Sekarang 2nd trimester dah, i enjoy je buat dan makan je apa i nak. Doakan i tak ada alahan, sihat dan dipermudahkan sampai lah baby keluar next year tau. After 4 tahun nak beranak pula wey. Sis nervous.
Dalam kesempatan itu, Nadya turut mendoakan supaya semua wanita yang sedang berusaha mendapatkan zuriat dipermudahkan segala urusan dan diberikan rezeki yang sama secepat mungkin.
Nadya Syahera dan suami, Fizul Nawi mendirikan rumah tangga pada 25 September 2015 dan pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata yang kini berusia lima dan empat tahun. Pada Jun tahun lalu, Nadya Syahera memaklumkan dia mengalami keguguran bayi kembar ketika usia kandungannya hampir mencecah 7 minggu.
Alhamdulillah, tahniah!
Sumber: Nadya Syahera