Pelakon Ruhainies kembali sihat selepas dimasukkan ke sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara akibat mengalami demam panas.

Artikel Berkaitan: Ruhainies Nafi Guna Tasbih Digital Cara Terbalik, Hanya Ikut Keselesaan

Artikel Berkaitan: Ruhainies Pilih Untuk Tak Maki ‘Haters’, Lebih Kepada Simpati – ‘Kalau Rasa Rimas, Saya Padam & Tak Benci’

Ruhainies kembali sihat, sambut hari jadi

Menerusi satu hantaran di Instagram Story, pelakon berusia 33 tahun itu berkongsi bahawa dia terpaksa mendapatkan rawatan segera selepas mengalami demam selama tiga hari berturut-turut.

Saya dikejarkan ke hospital selepas tiga hari selepas mengalami demam panas.

Keadaan kesihatan saya semakin sihat selepas menerima suntikan steroid dan diberikan ubat-ubatan.

Dalam pada itu, pemilik nama Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 33, meluahkan rasa syukur atas layanan baik yang diterimanya daripada jururawat dan doktor pakar sepanjang mendapatkan rawatan.

Pada masa yang sama, pelakon drama Cukup Derita Itu bersyukur kerana diberi peluang untuk kembali sihat menjelang sambutan ulang tahun kelahirannya yang diraikan pada Ahad.

Ruhainies turut berkongsi foto dirinya menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-33 di sebuah restoran mewah selain menerima beberapa kejutan seperti kek, jambangan bunga dan seutas rantai.

Sumber: Instagram Ruhainies