
Penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman akhirnya dibenarkan pulang selepas lebih empat tahun menjalani rawatan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak.
Artikel Berkaitan: Malique & Zizi Kirana Kongsi Gambar Di Hospital Bahagia, Netizen Percaya Ada Kolaborasi Bersama Yasin Sulaiman
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tular Semula Temu Bual Yasin Bersama Melodi, Beri Pesan Jangan Segan Jumpa Pakar – ‘Psikiatri Bukan Untuk Orang Gila’
Yasin Sulaiman pulang dari Hospital Bahagia
View on Threads
Berita gembira itu dikongsikan sahabatnya yang juga bekas anggota kumpulan Brothers iaitu Akbar Azmi, menerusi satu hantaran video di Threads.
Alhamdulillah, akhirnya setelah lebih empat tahun, Yasin Sulaiman atau dikenali sebagai Yasin Brothers sudah dibenarkan pulang dari hospital.
Akbar turut meluahkan rasa syukur dan menyifatkan kepulangan Yasin sebagai satu berita yang amat menggembirakan selepas lebih empat tahun menjalani rawatan.
Ya Allah, lama itu. Anak pun sudah besar.
Alhamdulillah, sepatutnya 30 tahun dan pernah disabitkan untuk duduk dalam penjara. Ini semua kuasa Allah SWT, Yasin dapat lepas hari ini (Selasa).
Saya telefon dia tadi, dia dalam perjalanan, dekat Tapah. Nanti tunggu ‘update’ terbaru saya bersama beliau nanti. Insya-Allah. Kami sangat gembira.
Untuk rekod, pada 28 April tahun lalu, Mahkamah Rayuan telah membenarkan rayuan Yasin dan mengetepikan hukuman yang sebelum ini dijatuhkan terhadapnya.
Bagaimanapun, penyanyi berkenaan diarahkan untuk ditempatkan semula di Hospital Bahagia Ulu Kinta sehingga mendapat perkenan Sultan Selangor.
Sebelum itu, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup serta 16 sebatan terhadap Yasin selepas dia didapati bersalah atas tiga pertuduhan berkaitan dadah.
Sumber: Threads