berita

Selepas Menang Banyak Anugerah, Gambar ‘Mowgli Malaysia’ Akan Dipamerkan di Itali Pula!

August 18th, 2019 | by Athirah
Kini Trending

Kalau kita ingat, sebelum ini tular foto dipetik jurugambar Nazri Sulaiman yang memaparkan ‘Mowgli Malaysia’ atau Mohd Syukor Khamis, 14, ligat bermain dengan kerbau peliharaan bapanya.

Keunikan gambar itu membolehkan beliau berjaya merangkul anugerah  ‘Street/People Photographer of The Year 2018’ oleh Asian Geographic -Image of Asia.

Kini, Nazri sekali lagi mencipta rekod peribadi apabila gambarnya terpilih untuk dipamerkan di galeri di Rome, Itali serta beberapa negara lain sekitar Eropah tidak lama lagi.

Alhamdulillah

Berita gembira itu dikongsikan sendiri Nazri melalui laman Facebooknya semalam.

Alhamdulillah, gambar saya terpilih untuk dipamerkan di galeri di Rome, Italy dan beberapa negara sekitar Eropah.

Kebanggaan Terengganu, Kebanggaan Malaysia

Inilah gambar yang akan dipamerkan nanti!

Katanya, pencapaian itu telah membanggakan negeri Terengganu dan juga negara kita, Malaysia.

Adik Syukor Khamis Kampong Boy sampai Eropah gambar mu ni. Kebanggaan Terengganu dan kebanggaan Malaysia. Alhamdulillah.

Rata-rata pengikut Nazri di laman Facebooknya juga turut gembira dengan berita tersebut malah sempat mengucapkan tahniah ke atas pencapaiannya itu.

Sumber: Nazri SulaimanSyukor Khamis – Kampong Boy