berita

Selepas Seminggu Bertunang, Tasha Shila Sah Bergelar Isteri Pakar Kewangan

February 28th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Baru saja mengikat tali pertunangan selama seminggu, pelakon Tasha Shilla dan Muhammad Atiq Idris mengambil keputusan untuk menghalalkan hubungan mereka itu. Majlis pernikahan mereka telah berlangsung dengan lancar dan ringkas di Masjid Wilayah Kuala Lumpur dengan mas kahwin sebanyak RM800.00 tunai.

Dengan sekali lafaz, Tasha Shilla sah bergelar isteri kepada seorang pakar kewangan dan pasangan ini telah diijabkabulkan pada 28 Februari 2020 sekitar jam 10.00 pagi.

Hanya sekali lafaz

Perkenalan hanya dua bulan

Pasangan ini telah bertemu di sebuah acara amal yang telah diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada dua bulan lalu. Muhammad Atiq terpersona dengan sikap dan keperibadian Tasha Shilla yang lemah-lembut, utamakan keluarga dan menjaga solat membuatkan dia berani mendekati gadis berusia 33 tahun itu.

Cantiknya…

Busana nikah yang ringkas dan cantik ini dari pereka fesyen terkenal tanah air iaitu Hatta Dolmat.

Tasha Shilla telah menerima mas kahwin sebanyak RM 800.00 tunai dengan sekali lafaz sahaja. Tahniah Tasha Shilla dan suami! Bagi anda yang ingin menonton video romantis sekitar majlis pernikahan pasangan ini boleh layari Youtube TV3MALAYSIA channel atau di www.mahligaicinta.my dan ikuti media sosial rasmi Instagram @mahligaicintaTV3.

Kredit: Mahligai Cinta, Hatta Dolmat

SKIP THIS AD ×