berita

Selepas Teruk Dikecam, Remaja Didakwa Enggan Jumpa Ibu Bapa Tampil Cerita Hal Sebenar

December 16th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Baru-baru ini, viral di media sosial kisah menyayat hati sepasang suami isteri yang mengharungi perjalanan jauh dari Johor ke Selangor dengan hanya menaiki motorsikal untuk berjumpa dengan anak mereka yang sedang menuntut di sebuah institusi. Kisah mereka mendapat perhatian apabila suami isteri tersebut dikatakan terpaksa pulang dengan perasaan hampa apabila anak mereka enggan untuk bertemu sehingga ia mengundang rasa geram dalam kalangan netizen.

Terbaru menerusi laporan Harian Metro, anak kepada pasangan tersebut tampil menjelaskan perkara sebenar bagi meleraikan segala salah faham dan kritikan negatif yang dilemparkan terhadapnya beberapa hari ini.

Salah faham

Menurut laporan portal tersebut, remaja terbabit yang bernama Siti Syahirah Md Daim menerusi satu kenyataan kepada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) kolej berkenaan berkata isu yang diviralkan itu sudah pun selesai pada ketika ini.

Katanya, ia berlaku disebabkan salah faham membabitkan dirinya, keluarga dan individu yang menyebarkan kisah berkenaan.

Ujarnya, perkara tersebut tidak lagi sepatutnya dipanjangkan kerana hanya pihak tertentu sahaja yang mengetahui tentang hal yang sebenar.

Tidak perlulah dipanjangkan, cukup sekadar saya dan pihak tertentu saja yang mengetahui hal sebenar.

Harap tiada lagi spekulasi

Jelas Syahirah, individu yang bernama ‘Su’ seperti dalam kisah yang diviralkan juga tidak terbabit dalam isu itu dan dia meminta agar semua pihak berhenti dari terus membuat spekulasi atau menyerang pihak yang tidak berkenaan.

Malah, remaja ini juga berharap tiada lagi spekulasi timbul sehingga boleh menjatuhkan maruahnya dan keluarga.

Untuk pengetahuan, kenalan yang bernama ‘Su’ (bukan nama sebenar) tidak terbabit dalam isu itu dan diminta untuk berhenti membuat spekulasi sendiri atau menyerang pihak yang tidak berkenaan.

Saya berharap tiada lagi spekulasi timbul yang boleh menjatuhkan maruah saya dan keluarga. Semoga kita semua dapat mengambil iktibar melalui perkara yang sudah berlaku.

Siti Syahirah dalam kenyataan itu malah berharap penjelasannya ini mendapat perhatian semua pihak dan menangkis kenyataan yang lain.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×