Selepas terpaksa menunda majlis pernikahan, pelakon Mak Wan Latah akhirnya bergelar isteri kepada Hussien Dollah, 71, pada 22 Januari lalu di Pejabat Agama Ipoh, Perak.
Terpaksa tunda kahwin
Menurut Mak Wan, 61, dia sepatutnya berkahwin pada 15 Januari lalu namun terpaksa ditukar disebabkan menjadi kontak rapat adik yang positif Covid-19 selepas pulang dari menunaikan umrah.
Sepatutnya saya nikah pada 15 Januari tapi terpaksa tunda disebabkan saya menjadi kontak rapat adik yang positif Covid-19 selepas balik dari umrah.
Lebih kurang 20 jemaah termasuk adik saya disahkan positif ketika jalani ujian calitan di lapangan terbang. Alhamdulillah keputusan saya negatif.
Apabila dah jadi kontak rapat, saya terpaksa jalani kuarantin di Institut Latihan Islam Malaysia. Anak saya yang menguruskan pertukaran tarikh nikah.
Alhamdulillah pada 22 Januari lalu saya dan suami selamat bernikah di Pejabat Agama Ipoh, Perak. Saya dan suami turut diraikan dalam sebuah majlis resespi di kampung suami yang terletak di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Tinggal di kampung
Dalam pada itu, pelakon drama 7 Hari Mencintaiku memberitahu dia kini mengikuti suaminya tinggal di Kuala Pilah dan hanya akan ke Kuala Lumpur sekiranya ada tuntutan kerja.
Selepas berkahwin ini, saya ikut suami duduk di Kuala Pilah sebab dia ada kebun di sana. Kalau ada kerja di KL, barulah saya akan pergi ke sana.
Saya pun dah berbincang dengan anak-anak dan suami. Alhamdulillah, mereka memahami.
Sebelum ini, Mak Wan mendedahkan dia sudah dirisik pada 14 November dan akan berkahwin sebaik saja selesai menunaikan umrah pada Disember tahun lalu.