berita

Selepas Umum Nak Tinggalkan Barcelona, Messi Sekarang Ada Di Deen Maju ‘Pekena’ Nasi Kandar?

August 27th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Khabar angin pemain lagenda bola sepak Lionel Messi akan meninggalkan kelab Barcelona mula jadi bualan netizen di media sosial. Ada mendakwa Messi mahu meninggalkan pasukannya akibat dari prestasi Barcelona musim ini. Teka teki masih menjadi persoalan orang ramai sehingga ada yang troll pemain tersebut kini berada di Penang sedang makan Nasi Kandar.

Dimalukan selepas kekalahan terus

Menurut portal news, Lionel Messi dilaporkan memilih ntuk meninggalkan kelab Catalan selepas musim Liga Juara berakhir dengan kekalahan teruk 8-2 oleh Bayern Munich di suku akhir Liga Juara-Juara UEFA. Setelah menghabiskan 20 tahun kariernya di Barcelona. Messi telah memutuskan untuk pergi meninggalkan kelab tersebut selepas ketua jurulatih baru, Ronald Koeman mengambil alih tugas. Sebuah laporan di TyC Sports mengatakan bahawa Messi bertemu dengan Koeman sebelum membuat keputusan.

Terbaik dan Kagum dengan Leo. Saya sokong kamu kawan.

Kapten pasukan Barcelona mempunyai hak untuk meninggalkan kelab itu walaupun kontraknya akan berakhir pada Jun 2021 kerana dikatakan mempunyai klausa dalam perjanjiannya yang membolehkannya meninggalkan secara percuma. Desas desus tersebut dilihat benar apabila bekas kapten Barcelona Carles Puyos tweet tanda sokongan terhadap pemain bola itu.

Khabar angin tersebut turut mengundang pelbagai reaksi netizen yang lucu-lucu. Malah di twitter ramai yang sanggup menyunting foto Messi menjadi peniaga nasi kandar. Lawak pula.

Messi berada di Deen Maju

Peminat bola sepak dari seluruh dunia masih tidak mempercayai bahawa Messi akan meninggalkan kelab yang disertainya sejak berusia 13 tahun. Keputusannya mengejutkan orang ramai dan apa yang melucukan adalah ramai pula yang buat ‘troll’ dengan keputusan pemain itu.

Siap buat fake akaun

Memang gigih betul sampai sunting akaun Instagram milik Messi seperti orignal. Kononnya Messi nak cari kerja kosong. Aduh banyak betul masa lapang.

Ramai troll

 

Sumber : Zuch, Thesun, Twitter

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×