berita

Selesa Jalankan Rutin Kehidupan Secara Sederhana, Fasha & Suami Tak Suka Tayang Kebahagiaan Di Media Sosial

January 13th, 2022 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Pelakon jelita, Fasha Sandha menyatakan bahawa dia tidak mempunyai sebarang petua untuk mendapatkan kebahagiaan dalam rumah tangga sejak berkahwin dengan suaminya, Aidil Aziz pada tiga tahun yang lalu.

Tak suka tayang kebahagiaan berlebihan di media sosial

Menurut Fasha, dia bersama suaminya sama sahaja seperti pasangan yang lain dan memilih untuk menerima kekurangan masing-masing. Dalam pada itu, dia juga mengatakan bahawa mereka lebih selesa menjalankan rutin kehidupan secara sederhana.

Bagi saya hidup bersederhana itu penting kerana mampu membibitkan rasa bahagia. Alhamdulillah setakat ini semuanya berjalan dengan baik. Syukur dengan apa yang dilalui.

Ujarnya lagi, dia tidak suka untuk menayang kebahagiaan rumah tangganya secara berlebihan di media sosial kerana ianya akan mendatangkan masalah semula kepada rumah tangganya.

Kita boleh berkongsi tetapi sebaiknya tidak keterlaluan, sederhana saja. Dalam apa yang kita buat jangan berlebihan. Sebab saya percaya bila berlebihan itu, ada ketikanya ia boleh datangkan masalah semula kepada kita. Saya dan suami sangat bersederhana.

Pelakon berusia 38 tahun itu juga berpendapat bahawa ia terpulang kepada individu berkenaan  untuk memuat naik gambar mahupun video mengenai rumah tangganya kerana akaun media sosial itu adalah milik mereka sendiri dan sudah tentu mereka ada hak untuk mencorakkannya.

Sebagai contoh, kalau  memilih untuk lebih privasi, kita boleh lakukan dan begitulah sebaliknya. Selebriti juga mempunyai hak terhadap media sosial masing-masing.

Sumber : Harian Metro

SKIP THIS AD ×