berita

Selit Unsur Lucu, Peminat Autobots Wajib Saksikan Transformers: Rise of the Beast Weekend Ni!

June 9th, 2023 | by Umirah Halim
Kini Trending

Filem Transformers yang bergenre aksi dan sci-fi ini kembali lagi setelah sekian lama sejak siri filem mereka yang terakhir iaitu Transformers: The Last Knight (2017).

Ha..mesti peminat Autobots tak sabar nak tengok filem yang terbaharu ni kan? Jom min kongsi dengan lebih lanjut!

Filem Transformers: Rise of The Beasts ini akan membawa penonton dalam pengembaraan ‘globetrotting’ pada tahun 90-an dan bakal memperkenalkan kumpulan Transformers yang baharu iaitu Maximals, Predacons dan Terrorcons.

Filem yang berdurasi 127 minit ini dibintangi oleh Anthony Ramos, Dominique Fishback sebagai bintang utama dan Luna Lauren Velez, Dean Scott Vazquez, Tobe Nwigwe, dan juga anak seni kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh sebagai pelakon suara.

Tiga geng Transformers bakal bergabung dalam usaha untuk selamatkan bumi?

Filem ini mengisahkan tentang Noah (Anthony Ramos) seorang bekas tentera yang dipertemukan dengan Elena (Dominique Fishback) seorang pelatih peneliti artifak di muzium.

Mereka akan bergabung dalam usaha untuk membantu kumpulan Autobots pulang ke dunia asal mereka, Cybertron.

Dalam filem ini juga, kumpulan Maximals (haiwan robot) akan bekerjasama dengan Autobots serta Noah dan Elena dalam satu pertempuran untuk menyelamatkan bumi daripada kuasa jahat ‘Terrorcons’. Wow, mesti gempak ni!

Kalau korang nak tahu, filem ini juga sesuai untuk kanak-kanak sebab ada unsur komedi yang diselitkan! Jadi, memang fun untuk tengok santai-santai satu family!

Jom ramai-ramai serbu pawagam terdekat korang!

Filem arahan Steven Caple Jr ini sudah ditayangkan di pawagam sekarang so korang jangan lupa ajak family atau kawan-kawan untuk tonton filem ni!

Tapi, sebelum tu jom min belanja korang tengok trailer kat bawah ni dulu!

Amacam? Tengok trailer ni pun dah tahu storyline confirm gempak punya kan?

Tunggu apa lagi? Mesti korang tak sabar nak tahu apa kesudahan perjuangan diorang ni!

Jadi, jom ramai-ramai ke pawagam terdekat sekarang untuk tonton aksi hebat Autobots dalam filem Transformers: Rise of the Beasts.

SKIP THIS AD ×