berita

Selongkar Sampah Untuk Duit Belanja Sebelum Sekolah, 2 Beradik Runtun Hati Netizen

January 11th, 2019 | by faris
Kini Trending

Seorang lelaki tidak menyangka rutinnya ke pasar setiap pagi telah menemukannya dengan dua orang anak serba daif yang terpaksa bergelumang dengan timbunan sampah demi duit belanja sekolah.

Kisah dikongsikan Megat Shaifulreza Shukor itu mendapat perhatian netizen yang turut bersimpati dengan dua beradik berkenaan.

‘Cari barang nak jual, bang’

Megat Shaifulreza berkata, dia ke pasar pagi untuk membeli barang berniaga di pasar Klang setiap pagi. Namun beberapa hari lepas dia melihat dua beradik berpakaian sekolah sedang menyelongkar timbunan sampah.

Hari ini air mataku mengalir. Macam biasa hari-hari 530-0600 aku gi pasar nak beli barang meniaga. Keluar dari pasar masuk je dalam kereta aku perasan dua beradik ni pakai uniform sekolah.

Aku keluarkan phone record budak-budak ni. Sebelum nak chow tu aku panggil “Dek! Adek buat apa ni.. “Dia ingat aku nak marah dia pasal suara aku terkuat sikit. “Carik barang nak jual bang, nak buat duit belanja sekolah…”

Dapat perhatian ADUN Pelabuhan Klang

Setelah viral, akhbar Sinar Harian melaporkan keluarga dua beradik berkenaan mendapat bantuan dari Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri. Menurut Azmizam, ibu bapa kanak-kanak terbabit merupakan pelarian Rohingya dan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

Tambah Azmizam, bapa kanak-kanak terbabit bekerja sebagai pembantu di kedai sayur dengan upah RM50 sehari manakala isterinya tidak bekerja.

Disebabkan gaji yang kecil, pasangan dengan 6 anak ini terpaksa mencari barang-barang lusuh untuk menambah pendapatan.

Difahamkan, dua beradik yang berusia 14 dan 11 tahun berkenaan bersekolah di sebuah sekolah swasta di Klang.

Sumber: Sinar Harian, Megat Shaifulreza Shukor 

SKIP THIS AD ×