berita

‘Seluar Dilondeh & Dibogelkan Depan Ramai Pelajar’ – Rita Rudaini Kesal Anak Jadi Mangsa Buli Di Sekolah

November 25th, 2019 | by Shahira
Kini Trending

Kes buli melibatkan kanak-kanak dan pelajar sekolah bukanlah satu perkara asing lagi di Malaysia mahupun luar negara. Perkara ini tidak boleh dipandang rendah kerana kelakuan membuli ini sebenarnya meninggalkan kesan kepada mangsa buli sehingga mengakibatkan mereka menjadi trauma dan sebagainya.

Terbaru, pelakon cantik, Rita Rudaini menerusi satu posting di Instagram mendakwa bahawa anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin telah menjadi mangsa buli rakan sekolahnya. Apa yang lebih mengejutkan apabila pembuli tersebut tergamak bertindak melondehkan seluar Rayyan di hadapan pelajar-pelajar lain.

Gangguan seksual

https://www.instagram.com/p/B5KQ2-hJjV8/

Menerusi posting tersebut, Rita memberi amaran kepada ibu bapa di sekolah anaknya agar lebih prihatin terhadap tingkah laku anak masing-masing supaya mereka tidak terjerumus daripada melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya seperti membuli dan sebagainya. Dalam pada itu, Rita juga turut memaklumkan bahawa dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap si pembuli anaknya sekiranya tindakan mereka itu melampaui batas.

Selalunya, saya akan menghubungi guru kelas, meminta beliau menasihatkan pelajar yang suka membuli Rayyan. Begitupun, saya tidak boleh berdiam diri dengan perbuatan melondeh seluar anak saya di khalayak ramai.

Saya ada menghubungi guru kelas supaya memberitahu ibu bapa pelajar terbabit mengenai sikap anaknya yang boleh dianggap seperti ‘gangguan seksual’.

Dibogelkan depan ramai pelajar

Tambahnya lagi di Berita Harian, kejadian buli yang berlaku baru-baru merupakan satu perbuatan yang sangat kurang ajar dan biadap. Tindakan pembuli yang melondekan seluar anaknya itu tidak boleh dimaafkan dan memalukan sehinggakan anaknya itu pulang ke rumah dalam keadaan menangis tersesak-esak kerana terlalu malu. Sebelum ini, Rayyan juga pernah menyuarakan hasratnya untuk bertukar sekolah dan tidak mahu datang ke sekolah kerana takut dibuli.

Kejadian terbabit berlaku sebelum cuti penggal persekolahan, baru-baru ini. Selesai peperiksaan, Rayyan tidak mahu lagi ke sekolah. Dia malu dan trauma akibat perbuatan seorang rakan sekelas yang melondehkan seluarnya sehingga paras kaki di hadapan khalayak.

Secara kebetulan, Rayyan tidak memakai seluar dalam dan baju pula singkat. Jadi, bayangkanlah apabila dibogelkan di hadapan pelajar lelaki dan perempuan.

Rita juga dimaklumkan bukan Rayyan seorang sahaja yang menjadi mangsa buli, tetapi ada rakannya yang lain juga turut menjadi mangsa. Bagaimanapun, mereka melawan berbeza dengan Rayyan yang hanya diam dan langsung tidak melawan. Menurut Rita, Rayyan merupakan seorang anak yang sangat pendiam dan tidak bertindak secara agresif.

Akan berdepan dengan ibu pelajar tersebut

Rita turut mendakwa kejadian buli bukan pertama kali terjadi kepada anak sulungnya itu kerana sebelum ini Rayyan juga pernah dibuli dengan tindakan fizikal dan mental seperti tangan dipulas, dibaling dengan sesuatu, jaket dipijak dan sebagainya. Anaknya itu sering dijadikan mangsa buli sejak dia berusai 7 tahun lagi sehinggalah sekarang dia berusia 10 tahun.

Walau bagaimanapun, menurut Rita dalam masa terdekat ini dia akan bertemu dengan ibu pelajar berkenaan bersama beberapa orang saksi yang melihat kejadian tersebut.

Ibu pelajar berkenaan tidak percaya anaknya membuli Rayyan. Rasanya, tidak perlulah kami bergaduh… Pasti ada cara terbaik untuk menyelesaikan masalah anak-anak

Tambahnya lagi, dia percaya bahawa pasti akan ada jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah anak-anak mereka tanpa melibatkan sebarang pergaduhan.

Sumber: Rita Rudaini, Berita Harian

SKIP THIS AD ×