berita

Selulit Badan Terus Hilang, Ni Fakta Menarik Tentang Curvena Yang Baru Dibuka Di KL Tahun Ni

July 16th, 2020 | by Aimi Raihana Mudzakir
Shout Out!

Perempuan mana yang tak nak tubuh badan yang langsing, ramping dan menawan. Semua nak! Tapi, susah nak dapat bentuk tubuh idaman kalau diri sendiri tak boleh berdisiplin dengan mengamalkan gaya hidup sihat.

Nak kuruskan badan ni niat korang kena betul. Bukan untuk cantik je, tapi untuk sihat jugak. Macam mana nak dapat bentuk badan yang korang impikan? Kami cadangkan korang pergi ke pusat kecantikan yang baru dibuka kat Selangor ni. Best wei!

Manjakan diri di Curvena, pusat kecantikan khas untuk wanita

Curvena baru je diperkenalkan di Malaysia tahun ni. Bila kami dapat berita ianya baru dibuka, terus kami terjah salah satu cawangan Curvena di Publika.

Paling best, pusat kecantikan ini khas untuk wanita je. Lelaki tak boleh masuk, jadi korang akan rasa lebih selesa dan selamat.

Proses rawatan di Curvena lebih kurang 2 jam. Kalau datang dengan suami, boleh suruh dia jalan-jalan dalam shopping mall dulu. Slot kat sini sentiasa penuh jadi kalau nak buat rawatan, kena buat temu janji dulu tau.

Pakar kecantikan yang mahir & berpengalaman, mesra pulak tu!

Nak dilayan seperti permaisuri? Memang tepat korang datang Curvena. Bukan setakat mahir dan berpengalaman, pakar kecantikan kat sini sangat mesra. Buat rawatan kat sini tak bosan langsung.

Tawaran servis bersesuaian dengan masalah wanita hadapi

Korang ada masalah berat badan berlebihan, toksin yang banyak, hormon tidak teratur, selulit selepas bersalin, sentiasa lenguh atau bentuk badan tidak langsing? Jangan risau! Servis yang ditawarkan di Curvena boleh bantu menyelesaikan masalah korang dengan mudah!

Ni antara servis yang ditawarkan di Curvena. Bagus kan?

  • Pelangsingan
  • Detox badan
  • Imbangan Hormon
  • Pengurangan berat badan
  • Pembentukan semula
  • Tanda Anti-Regangan
  • Kawalan Selulit
  • Toning Badan
  • Mengekalkan Bentuk Badan yang Ideal

Tak sabarnya nak cuba rawatan kat Curvena. Jom kita terjah dan tengok apa yang ada.

Ada loker khas untuk simpan barang

Kat Curvena, ada loker khas untuk korang simpan barang. Beg tangan, smartphone malah kasut korang pun kena simpan sekali. Lepas tu pakai selipar yang disediakan. Ini untuk memudahkan korang semasa rawatan.

Mesin teknologi Korea yang superb untuk analisis badan

Tinggi dan berat korang akan diukur dulu. Kena pegang handle mesin tu kemudian bacaan berat, peratus lemak badan dan lain-lain akan dikira. Mesin di Curvena ni merupakan mesin InBody Technology yang menggunakan teknologi berkuasa tinggi diimport dari Korea tau. Canggih!

Konsultansi yang mudah difahami

Sebelum mulakan rawatan, pakar kecantikan di Curvena akan buat konsultasi dulu dengan korang. Banyak soalan yang ditanya seperti berapa banyak korang makan dan minum sehari, apa yang korang suka makan, penyakit yang ada dan lain-lain.

Mereka akan tunjukkan hasil analisis badan korang yang keluar dari mesin tadi. Tengok kandungan lemak badan pada tahap normal atau tak. Kena terus terang masalah yang korang hadapi. Tak payah malu sebab nak sihat dan cantik kan?

Berminat untuk temu janji di Curvena? Boleh klik link di bawah.

Instant Re: Curve Body Contour Program, rawatan pelangsingan untuk bentuk badan sempurna

Lepas berbincang, kami ambil keputusan untuk cuba rawatan Instant Re: Curve Body Contour Program. Ia merupakan rawatan pelangsingan selama 2 jam untuk hasilkan kontur badan dan bentuk badan yang sempurna. Fuh!

Pakar kecantikan akan melakukan skrub pada badan korang. Skrub ni membantu mengurangkan gemuk air dan mengembalikan tenaga dalam badan korang. Kemudian, korang kena masuk bilik wap selama 10 minit. Dalam bilik wap tu memang berpeluh habis. Bila dah keluar dan mandi nanti serius badan segar.

Rawatan diikuti penggunaan Photon Vacuum dengan Bi-RF. Ia membantu meningkatkan peredaran darah dan merangsang kolagen fibroblas untuk mencapai hasil kontur badan. Lipo Laser Pad menggunakan tenaga laser yang dapat menembusi jauh di bawah permukaan kulit untuk menyinari sel-sel lemak. Kemudian mereka buat slimming wrap untuk hasilkan kontur dan pembentukan semula badan yang ideal.

Hm.. Badan dah kena balut dengan plastik ni. Nak kena buat apa pulak? Haa.. Mereka bawak korang pergi kat satu bilik ni dengan mesin teknologi canggih. Serius terkejut tengok mesin ni.

Photon Rays Capsule, mesin teknologi canggih khas oleh Curvena!

Akhirnya! Rawatan pelangsingan ni akan berakhir dengan sempurna selepas korang menggunakan Photon Rays Capsule. Mesin teknologi canggih ni khas oleh Curvena. Macam dalam movie sains fiksyen kan?

Apa keistimewaan Photon Rays Capsule oleh Curvena? Jangan terkejut. Kalau boleh bakar sekitar 200 hingga 300 kalori lepas berjoging selama sejam, korang boleh bakar sehingga 800 kalori selama 15 hingga 20 minit je dengan Photon Rays Capsule. Power beb!

Photon Rays Capsule memancarkan 4 jenis sinar untuk mengurangkan lapisan tisu lemak tanpa menyebabkan kerosakan pada kulit. Pada masa yang sama, panas dari inframerah membantu mempercepat metabolisme korang. Ia juga dapat mempercepat proses pembakaran lemak dan pembuangan toksin.

Curvena nantikan kedatangan korang!

Haa.. Tunggu apa lagi? Bagitahu kat member korang yang dah lama teringin langsingkan badan. Hasil rawatan yang kami cuba memang berbaloi. Kami jamin korang takkan menyesal datang sini.

Setakat ni Curvena baru buka cawangan di Mid Valley, Publika dan Tropicana Gardens Mall. Boleh la singgah nanti ya. Kalau nak buat temu janji, boleh isi borang dalam talian atau Whatsapp mereka ikut link yang kami beri di bawah.

Untuk info lebih lanjut, korang boleh klik mana-mana link kat bawah ni.

Jom cantikkan badan di Curvena!

SKIP THIS AD ×