berita

Seluruh Ahli Keluarga Disyaki Positif Covid-19, Hafreez Adam Tolak ‘Job’ Berlakon..Jangan Selfish!

May 20th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Instagram, pelakon, Hafreez Adam terpaksa menolak tawaran berlakon seketika demi memastikan seluruh ahli keluarganya negatif wabak Covid-19. Menurut Hafreez, dia tidak mahu menjadi individu yang pentingkan diri sendiri dan menyusahkan pelbagai pihak dalam tempoh waktu sebegini.

Saya minta maaf

Saya tarik diri daripada penggambaran ‘Seratus The Movie’. Rasa sangat rugi sebab projek ini best. Tapi sebab saya merupakan kontak rapat pesakit Covid. Pada masa sekarang, saya dibenarkan sahaja untuk keluar bekerja. Saya dah tanya. Bukan saya positif Covid. Selagi keputusan RTK keluarga saya yang disyaki positif belum keluar, saya boleh sahaja keluar pergi mana-mana. Tapi hidup zaman Covid ni, kita tak boleh pentingkan diri sendiri.

Oleh kerana tidak mahu menyusahkan seluruh krew produksi dan pelakon yang lain, Hafreez bertindak untuk tarik diri daripada penggambaran tersebut meskipun hatinya berasa ralat. Tambahnya, dia dan keluarga akan menjalani tempoh kuarantin di rumah bagi langkah berjaga-jaga. Ini kerana, mereka tidak tahu sama ada simptom Covid akan wujud selepas beberapa hari ataupun tidak.

Sebab itu tak ada gambar beraya dengan mak dan adik beradik. Nasib baik tiga adik saya kuarantin sekali. Saya memang tak bagi mereka keluar rumah. Alhamdulillah, semua dah habis kuarantin.

Saling salah menyalahkan

Tadi saya pergi beli barang dapur dan saya tengok ramai orang beratur nak beli ayam. Semua rapat-rapat, couple kot sembilan orang tu. Kes dah 6 ribu lebih. Tengok media sosial masih banyak orang pergi beraya rumah kawan, pasangan dan lain-lain. Orang saling salah menyalahkan, tapi sendiri pun tak jaga.

Menurut Hafreez, dia terkejut melihat situasi semasa dan jumlah kes Covid-19 setiap hari. Tambahnya, sehingga kini dia masih belum berkesempatan beraya bersama keluarga. Bagi memastikan keadaan kembali pulih semula, Hafreez memohon masyarakat di luar sana agar mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan. Pada masa yang sama, keluar rumah sekiranya ada urusan sahaja.

Sumber: Hafreez Adam

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×