berita

Semakin Manis & Sopan, Penampilan Baru Lisa Surihani Tarik Perhatian

June 26th, 2019 | by Arini Saleh
Lensa Insta

Pelakon jelita Lisa Surihani senyap seketika dari dunia lakonan selepas mendirikan rumahtangga bersama pengarah dan penerbit popular, Yusry KRU. Namun di Instagram, Lisa aktif memuat naik perkembangan semasa dan teletah comel dua anaknya, Yahaira Leanne dan Yusof Leonne.

Terbaru, Lisa dilihat memuatnaik gambar berhijab sekembalinya mereka sekeluarga daripada mengerjakan Umrah. Di ruangan komen, ramai yang teruja dan mendoakan semoga Lisa istiqamah.

Keputusan ini banyak terjemahan

Menerusi Berita Harian, Lisa mengesahkan penghijrahan tersebut bagaimanapun menyatakan keputusan untuk terus kekal atau tidak adalah terlalu peribadi.

Jauh di sudut hati kecil saya, hal ini (bertudung) memberikan banyak terjemahan dan kesimpulan.

Saya agak bimbang apabila ada yang membuat andaian perubahan ini (bertudung) sebagai imej baharu.

Tambahnya lagi, dia tidak mahu jika terus memuatnaik gambar bertudung dianggap sekadar mahu meraih pujian ramai.

Ia sangat peribadi

Jelas Lisa, keputusan ini terlalu peribadi. Disebabkan itu dia mengambil masa untuk memuat naik gambar bertudung. Dia mengharapkan semoga terus istiqamah dan ikhlas kerana Allah.

Dalam hidup ini, kita tak pernah lari daripada melakukan kesilapan. Setiap hari juga kita cuba mengubah diri menjadi lebih baik daripada sebelumnya.

Pengalaman mengerjakan umrah bersama suami, anak dan keluarga baru-baru ini, saya sifatkan begitu indah.

Moga lembaran baharu ini dapat saya nikmati sebaik mungkin.

Ingat perempuan arab mana tadi – Netizen

Sumber : Berita Harian , Lisa Surihani