Rasanya semua pasti sudah mengetahui hubungan yang terjalin diantara pelakon dan pelawak terkenal, Zizan Razak dengan pelakon jelita, Emma Maembong yang dikatakan sedang hangat menyulam cinta.
Walaupun tiada status rasmi mengenai hubungan mereka, sejak akhir-akhir ini, mereka dilihat semakin terbuka dalam meluahkan cinta.
Terbaru, Zizan telah membuat kejutan hari ulang tahun kelahiran Emma bersama beberapa orang rakan dan adik beradik Emma sendiri.
Melalui laman sosial Instagram milik Zizan, sekeping foto telah dimuat naik dengan caption yang sungguh romantis.
Melalui status tersebut, Zizan turut meluahkan kata-kata cinta buat Emma. Mungkin terharu dengan kejutan tersebut, Emma menitiskan air mata kegembiraan.
Sambutan Hari Lahir Emma turut dihadiri rakan dan adik beradiknya
Beruntung Emma, walaupun sibuk dengan aktiviti serta jadual penggambaran yang ketat, Zizan masih lagi dapat meluangkan masa menyambut hari jadi buah hatinya itu.
Apapun, kami ucapkan Selamat Hari Lahir yang ke-22 buat Emma Maembong dan semoga hubungan yang terjalin kekal hingga ke jinjang pelamin.
Kepada pembaca setia OHBULAN! jom lihat dulu foto-foto romantis pasangan ini.