berita

Sembelih Lebih 50 Pemandu Teksi, Campak Mayat Dalam Sungai Penuh Buaya, Ini Kisah Kejam Pembunuh Bersiri

August 5th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Seorang pembunuh bersiri di India iaitu Devender Sharma telah ditahan oleh pihak polis selepas terlibat dalam pembunuhan lebih daripada 50 orang pemandu teksi. Kejadian kejam ini dipercayai berlaku sekitar awal tahun 2000.

Pembunuh bersiri Devender Sharma

Menerusi laporan daripada Mirror UK, Devender Sharma yang juga merupakan seorang doktor perubatan tradisional India bersama rakan-rakannya telah membunuh kesemua mangsa iaitu pemandu-pemandu teksi di tempat terpencil. Devender yang berkelulusan perubatan Ayurveda dan mempunyai sebuah klinik di Rajastan sejak 1984 tahun itu kemudian telah ditahan oleh pihak polis. Berikutan daripada penangkapan tersebut, Devender mengakui melakukan pembunuhan bersiri.

Menceritakan kembali pembunuhan bersiri yang dilakukannya dahulu, Devender memberitahu sebelum membunuh, dia akan menaiki teksi mangsa dan meminta pemandu membawanya ke kawasan terpencil. Setibanya di sana, Devender memulakan ‘operasinya’ dengan membunuh dan menyembelih mangsa untuk mendapatkan organ-organ dalaman. Mayat mangsa kemudian dicampak ke dalam sungai yang dipenuhi dengan buaya.

Jual organ-organ dalaman

Organ-organ dalaman dijual dengan harga antara AS$6,680 (RM28,323) dan AS$9,350 (RM39,644) setiap satu. Menurut sumber, Devender telah menjual 125 organ dalaman pemandu teksi. Bukan itu sahaja, teksi milik mangsa telah dicuri dan diubah suai sebelum dijual dengan harga AS$270 (RM1,144).

Devender akhirnya telah dijatuhi hukuman penjara seumur hidup. Namun selepas selesai menjalani hukuman penjara selama 16 tahun, Devender telah diberi parol atau pembebasan bersyarat selama 20 hari bermula Januari lalu. Tetapi selepas tamat tempoh parol, Devender telah menghilangkan diri selama 6 bulan dan tidak kembali semula ke penjara. Pihak berkuasa juga tidak dapat menjejakinya. Tidak lama selepas itu, mereka akhirnya berjaya menahan Devender pada Rabu lalu (29 Ogos 2020).

Sepanjang tempoh Devender ‘menghilangkan’ diri, dia telah berkahwin dengan seorang janda dan tinggal bersama. Hasil daripada soal siasat, Devender mengaku dia memang tidak bercadang untuk kembali ke penjara sebaliknya ingin meneruskan perbuatan kejamnya itu. Walaupun dia merupakan dalang utama dalam pembunuhan bersiri itu, tetapi ketika dijatuhi hukuman, hanya beberapa kes sahaja yang dapat dibuktikan di mahkamah.

Sumber: Mirror UK, CNN

SKIP THIS AD ×