berita

Seminggu Diabai Suami, Isteri Bawa Diri Balik Rumah Mak..Sanggup Jalan Kaki 2 Jam Dukung Anak

May 24th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Tak dinafikan, pelbagai cabaran yang perlu diharungi oleh setiap pasangan suami isteri termasuklah dari segi persefahaman, kewangan dan sebagainya.

Baru-baru ini, tular satu video memaparkan seorang wanita berjalan kaki selama dua jam sambil mendukung anak kecilnya selepas diabaikan si suami.

Seminggu diabai suami

Seorang wanita iaitu Noorjanah Ibrahim ada berkongsi satu video di TikTok dimana dia terjumpa seorang wanita berjalan di kawasan sunyi sambil mendukung anak. Rupa-rupanya wanita ini sudah berjalan selama dua jam dari Gambang untuk menuju ke rumah ibunya di Payar Bungor.

Masa dalam perjalanan balik kampung dari Kuantan, saja ikut jalan lama. Tiba-tiba jumpa orang dukung anak, kami dah terlajak tapi minta suami patah balik sebab tak sampai hati tengok ibu dukung anak dengan keadaan kiri kanan hutan.

Kasihan melihat keadaan dua beranak itu, Noorjanah dan suami mempelawa untuk menghantarnya ke destinasi yang dituju. Apabila ditanya keberadaan si suami, wanita ini memberitahu sudah hampir seminggu diabaikan lelaki itu.

Aku cuma terfikir dia dukung anak je, tanya suami mana. Dia kata dah seminggu suami tak pedulikan dia, jadi nekad balik rumah mak dia jalan kaki.

Ni dah sampai. Kami nak hantar sampai dalam tapi dia tak nak. Dia kata jalan tak elok, lagipun si kata tak jauh dah simpang masuk rumah dia.

Noorjanah yang bermurah hati telah memberikan sedikit sumbangan wang semoga ia dapat meringankan sedikit bebannya.

Video

Sumber: TikTok Noorjanah Ibrahim

SKIP THIS AD ×