Pelakon dan usahawan, Syida Melvin berkongsi dia dan anak-anaknya terus pulang ke kampung selepas selesai urusan kes mahkamahnya pada pagi 12 Ogos lalu.

Artikel Berkaitan: Syida Melvin Anggap Perceraian Hadiah ‘Istimewa’ Sempena Ulang Tahun Kelahiran Ke-30

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kami Dah Lima Bulan Tak Tinggal Sebumbung, Saya & Anak-Anak Terpaksa Pulang Ke Kampung’ – Syida Melvin

Balik kampung

View on Threads

Pemilik nama Nur Syifa Assyidda Amirol Melvin meluahkan rasa syukur apabila melihat kegembiraan terpancar pada wajah anak-anaknya sebaik tiba di kampung pada sebelah petang hari yang sama.

12 Ogos hari itu selepas selesai sahaja kes mahkamah pada waktu pagi, petang terus sampai di kampung.

Anak-anak nampak bahagia. Pulanglah kita ke kampung ibu ya anak-anak.

Dalam masa yang sama, Syida berkata dia kini sedang berusaha untuk menyediakan tempat berteduh yang selesa buat anak-anaknya di Shah Alam.

Syida turut berharap agar diberikan rezeki untuk memiliki dan menetap di rumah sendiri.

Ibu tengah usahakan untuk tempat kita berlindung dekat Shah Alam.

Semoga ada rezeki anak-anak saya merasa dapat duduk di rumah sendiri semula macam dulu.

Sebelum ini, Syida mendedahkan dia bersama tiga anaknya kini menetap di kampung selepas mengambil keputusan untuk tidak lagi tinggal di rumah kelaminnya di Shah Alam.

Syida berkata dia dan suami, Syafiq Azim sudah lima bulan tidak tinggal sebumbung sejak Mac lalu.

Terdahulu, rumah tangga Syida dan Syafiq akhirnya menemui titik noktah apabila pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, pada Rabu.

Pada Disember tahun lalu, Syida memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor.

Untuk rekod, Syida atau nama sebenarnya Nur Syifa Assyidda Amirol Melvin, 30, mendirikan rumah tangga dengan Syafiq, 37, pada 19 Januari 2019.

Hasil perkahwinan itu, pasangan berkenaan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Safa Safeera, Sara Sajedda dan Serhan Isa.

Sumber: Threads