berita

‘Semoga Ali Puteh Tidak Lengah Lagi Bayar Ganti Rugi RM60,000’ – Hidayah Abam

January 5th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

Balu kepada allahyarham Abam Bocey iaitu Siti Nor Hidayah menarik nafas lega selepas rayuan pelawak Ali Puteh untuk mengetepikan perintah mahkamah berhubung ganti rugi RM60,000 yang perlu dibayar itu gagal.

Artikel Berkaitan: Hidayah Abam Enggan Ulas Isu Rayuan Ali Puteh Ditolak – ‘Saya Tak Rasa Sudah Menang’

Artikel Berkaitan: Ali Puteh Catu Duit Dua Tahun, ‘Job’ Terakhir RM300

Alhamdulillah..

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Hidayah menzahirkan rasa syukur apabila keputusan mahkamah berpihak kepadanya.

Selain itu, Hidayah, 31, meminta adik iparnya untuk tidak melengahkan pembayaran ganti rugi gara-gara memfitnahnya di media sosial, pada dua tahun lepas.

Alhamdullilah syukur pada Allah, keputusan rayuan mahkamah telah diputuskan, juga telah memihak kepada saya.

Semoga pihak di sana tidak melengah-lengahkan lagi segala urusan pembayaran mengikut perintah mahkamah yang telah ditetapkan.

Dalam pada itu, pemilik nama Siti Nor Hidayah Mohd Ali berharap agar kehidupan dirinya bersama anak lelaki tunggal, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey akan lebih tenang dan bahagia selepas ini.

Kemelut antara Siti Nor Hidayah dan keluarga Ali Puteh bermula selepas kematian Abam Bocey atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan pada 10 Februari 2020 akibat demam panas.

Pada Mei 2020, Siti Nor Hidayah menyaman Ali Puteh, berhubung kenyataan yang dibuat pelawak itu menerusi akaun IG antara lain menggambarkan wanita itu seorang isteri yang tamak dengan harta pusaka suaminya.

Ali Puteh dan tiga ahli keluarganya juga menfailkan saman terhadap Aliff Syukri dan Siti Nor Hidayah atas dakwaan berkonspirasi. Temu bual itu didakwa telah menjatuhkan maruah, mengaibkan dan memfitnah Ali Puteh sekeluarga.

Sumber: Instagram @abam_bocik

SKIP THIS AD ×