Rumah tangga Hafidz Roshdi dan Nurul Shuhada sebelum ini kencang diperkatakan dan hari ini keluar berita yang mendakwa pelakon itu sudah menceraikan isterinya.
Artikel Berkaitan: Hafidz Roshdi Cerai Isteri Talak Satu Bersaksikan Keluarga?
Artikel Berkaitan: Isteri Hafidz Roshdi Yakin Allah Selalu Ada Dalam Setiap Ujian
Titip doa
Selang beberapa jam, Shuhada telah memuat naik hantaran di Instagram Story (IG) berbentuk serangkap doa buat dirinya dan anak-anak dalam mengharungi dugaan yang menimpa perkahwinannya.
Insya-Allah, semoga Allah gantikan dengan nikmat yang tidak disangka-sangka buatku dan anak-anak. Amin, yamujib.
Menerusi hantaran tersebut, Shuhada atau nama sebenarnya Nurul Shuhada Mat Shukri turut berkongsi kata-kata tentang perhubungan cinta dan kasih sayang yang dipetik dari akaun Instagram (IG).
Suatu hari nanti, kamu akan menjadi insan istimewa buat seseorang dan ketika itu kamu tidak akan keliru lagi untuk mempertahankan seseorang yang tidak berjuang untuk kamu.
Terdahulu terdapat dakwaan yang mengatakan pelakon drama Melastik Ke Hatimu itu telah menceraikan isterinya dengan talak satu yang disaksikan oleh keluarga. Difahamkan juga pada 1 Mac depan iaitu pada tarikh kelahiran Shuhada, dia akan menfailkan perceraian tersebut.
Sumber: Instagram