Konflik rumah tangga yang berlaku telah menyebabkan isteri kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Fara Salleh dilihat sering kali meluahkan isi hatinya di media sosial.

Artikel Berkaitan: ‘Sebelum Kahwin Tinggal Di Kondo & Ada Kerjaya, Sekarang Banyak Kali Dalam Akaun Tinggal RM30 Sahaja’ – Fara Salleh

Artikel Berkaitan: ‘Dah Lah Aku Tak Diizinkan Kerja, Nafkah Pun Hmm..Takut Sangat Eh Aku Berduit?’ – Fara Salleh Fail Cerai, Dakwa Shuk Sahar Lebihkan Kawan

Tiada yang menghalang

Menerusi hantaran terbaharu yang dimuat naik di TikTok, Fara berkata, Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 39, kini bebas untuk memilih jalan hidupnya.

Jangan risau, tidak ada sesiapa yang halang untuk kau berkawan sekarang.

Kau bebas keluar malam, bebas berkawan, bebas komunikasi dengan lawanan jenis, bebas apa sahaja.

Dan aku bebas seperti mana kebebasan kau.

‘Semoga jumpa yang lebih baik’

Dalam masa yang sama, Fara turut mendoakan agar Shuk menemui seorang wanita yang lebih baik dan memahami berbanding dirinya.

Berhenti buat siaran langsung dan bercakap tentang aku. Aku doakan kau jumpa perempuan jauh lebih baik daripada aku macam dalam siaran langsung itu.

Jangan risau, semoga Allah kurniakan kau perempuan yang baik-baik dan faham persahabatan kau dengan kawan-kawan sampai abaikan anak isteri.

Terdahulu, Fara memaklumkan telah memfailkan penceraian terhadap pelawak berkenaan pada awal Februari lalu.

Untuk rekod, Fara mendirikan rumah tangga dengan Shuk pada November 2023.

Shuk sebelum ini pernah berkahwin dengan Rossa Sera namun bercerai pada 22 Mac 2023.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 9, dan Nur Assyifatu Aimi, 6 tahun. 

Sumber: TikTok Fara Salleh