Desas terus mengenai hubungan percintaan pelakon Niezam Zaidi dan Nonny Nadirah terjawab apabila mereka dilihat menghadiri kursus perkahwinan. Malah, Nonny mengakui bakal melangsungkan pernikahan dalam masa terdekat.
Walau bagaimanapun, menerusi posting terbaru, Nonny Nadirah mengumumkan bahawa hubungan percintaan mereka sudah terlerai. Menurut Nonny, dia dan Niezam sepakat untuk membatalkan majlis perkahwinan yang sepatutnya diadakan tidak lama lagi.
Keluar kenyataan mahu melamar
Niezam pernah bertanya soal kahwin, tetapi saya buat tak tahu dan ingat hanya main-main. Cara bertanya ketika itu seperti berseloroh, jadi saya tak fikir serius. Niezam bertanya lagi, baru-baru ini. Apa yang saya tak sangka, dia nak minta izin dan tanya Mama untuk membawa hubungan ini ke fasa seterusnya. Saya hanya mengiyakan. Saya tak duga, Niezam keluarkan kenyataan mahu melamar. Saya memang terkejut dan menitiskan air mata membaca kenyataannya. Tak sangka, dia berani dan bersungguh-sungguh memaklumkan hal ini satu Malaysia.
Menerusi laporan Berita Harian sebelum ini, Nonny memberitahu bahawa dia susah untuk membuka pintu hatinya buat lelaki selepas berpisah dengan bekas suami, dua tahun lalu. Namun, kehadiran Niezam telah mengubah sisi hidupnya sejak setahun lalu. Malah, Niezam yang juga merupakan seorang pelakon, turut meluahkan hasrat menyunting Nonny sebagai suri hidupnya sebelum penghujung tahun ini.
Happy birthday sahabat
View this post on Instagram
Happy birthday sahabat. Semoga Allah memberkati & merahmati seluruh usiamu, dikurniakan kesihatan yang baik, dikayakan dengan iman, taqwa dan harta. Semoga menjadi anak yang baik dan bertemu jodoh dengan orang yang baik-baik. Dikurniakan segala kebaikan, hajat dunia dan akhirat! Amin.
Sekadar makluman, setelah mengambil kata sepakat, perkahwinan antara kami telah pun dibatalkan.
Korang, satu je kita orang minta. Tolong doakan kebahagiaan buat kami dan bertemu jodoh yang baik buat masing-masing ya. Sesungguhnya kami hanya mampu merancang tapi Allah itu sebaik-baik perancang. Kepada rakan media maaf saya tak dapat nak get back balik dengan anda semua. Untuk dalam masa ni, i reserve my comment. Harap korang faham.
Terbaru, Nonny berharap Niezam bertemu jodoh dengan orang yang baik-baik sempena hari ulang tahun kelahirannya. Pada masa yang sama, Nonny turut memaklumkan bahawa majlis perkahwinan di antara mereka berdua telah pun dibatalkan.
Jelasnya lagi, mereka berdua hanya mampu merancang dan Allah itu sebaik-baik perancang. Nonny turut meminta maaf kepada semua rakan media.
Semoga ada hikmah
Rata-rata netien turut terkejut dengan posting yang dimuat naik Nonny berhubung hubungannya dengan Niezam. Namun, netizen mendoakan yang terbaik buat kedua-dua mereka dan berharap mereka ditemui jodoh yang baik.
Sumber: Nonny Nadirah & Berita Harian