
Usahawan kontroversi, Kieda Crepe meluahkan isi hati mengenai cabaran menjadi figura awam yang sering dinilai dari pelbagai sudut.
Artikel Berkaitan: Michael Ang ‘Sound’ Kieda Crepe Isu Herpes – ‘Semua Dah Gila, Tak Tahu Malu!’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kieda Crepe Dijangkiti Virus Herpes – ‘Bibir Naik Biji & Kebas’
‘Susahnya jadi seketul Kieda’

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Kieda atau nama sebenarnya Siti Nur Khalieda Yusra akui kecewa apabila dirinya sering menjadi sasaran kecaman selain sentiasa dianggap salah di mata sesetengah pihak yang gemar menilai tanpa mengetahui kisah sebenar.
Buat baik orang kata, buat jahat lagi dikata. Melawak cara sendiri orang terasa, melawak cara orang kita terima.
Susahnya jadi seketul Kieda.
Tambah Kieda lagi, apa jua yang berlaku, dia tetap akan memilih untuk kekal menjadi diri sendiri tanpa perlu berpura-pura demi meraih penerimaan orang lain.
Semoga terus jadi diri sendiri, tak fake, tak bertalam dan tak makan kawan walaupun ada yang tidak menyukai.
Kieda turut menegaskan bahawa selagi dia tidak menjatuhkan atau memburukkan sesiapa, tiada alasan untuknya berpura-pura atau berhenti menjadi diri sendiri.
Jadi diri sendiri, buruk diri sendiri. Selagi saya tak burukkan orang lain, selagi tu saya tak ada masalah dengan orang lain.
Terdahulu, usahawan Kieda Crepe mendedahkan bahawa dia mengalami jangkitan herpes simplex selepas bibirnya dipenuhi bintik kecil.
Menerusi video di TikTok, Kieda berseloroh mengaitkan jangkitan tersebut dengan kebersihan alat kelamin suaminya, sekali gus mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.
Video
Sumber: Kieda Crepe








