berita

Sempat Bagi ‘Hint’ & Muatnaik Status Terakhir Di WhatsApp, Remaja Lelaki Maut Terjun Bangunan

July 20th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Seorang lelaki disahkan meninggal dunia selepas bertindak terjun dari tingkat 4 sebuah bangunan pusat membeli-belah di Miri, Sarawak. Mangsa dipercayai sempat memuatnaik status di WhatsApp memaklumkan dia bakal membunuh diri.

Sempat bagi ‘hint’

Menerusi laporan yang dipetik daripada Harian Metro, kejadian ngeri tersebut berlaku sekitar jam 8 malam pada 19 Julai 2020 yang lalu. Menurut sumber, sebelum insiden bunuh diri berlaku, mangsa yang berusia 19 tahun sempat menghantar gambar lokasi kejadian dengan kapsyen ‘Goodbye everyone! Saya akan bunuh diri selepas ini!’.

Menerusi gambar yang dikirimkan pada 7:18 pm memaparkan mangsa pada ketika itu sedang berada di satu tempat yang tinggi. Difahamkan, pada jam 7:30 pm, pengawal keselamatan pusat membeli belah terbabit juga ada melihat mangsa berada di tingkat 4 bangunan berkenaan.

Mangsa alami masalah kemurungan

Selepas memberi ‘hint’ kepada ahli keluarga, tanpa berfikir panjang, mangsa yang mengalami masalah kemurungan itu dipercayai terus bertindak terjun dari tingkat 4 bangunan tersebut. Ahli keluarga yang bimbang sesuatu perkara buruk terjadi telah bergegas ke lokasi kejadian.

Tetapi malangnya, setibanya di kawasan parkir kereta, mereka mendapati mangsa sudah pun terbaring dan tidak bernyawa. Sementara itu, pasukan Paramedik Miri mengesahkan mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan belakang badan.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Lim Meng Seah memaklumkan, hasil daripada pemeriksaan pada tubuh badan mangsa mendapati, tiada sebarang unsur jenayah. Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Miri untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×