berita

Sempat Belanja Budak Kampung ‘Breakfast’, Jiran Terkejut Suspek Sanggup Kelar Isteri

July 5th, 2022 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Sejak semalam tular sebuah rakaman video aksi seorang lelaki berbogel sambil menunggang motosikal di sekitar bandar Johor Bahru. Lebih mengejutkan lagi apabila lelaki berkenaan dipercayai bertindak kejam apabila sanggup mengelar leher isterinya yang baru sahaja habis pantang serta bayi berusia 44 hari dalam satu kejadian di sebuah rumah di Jalan Dewasa, Bakar Batu.

Artikel berkaitan : ‘Saya Tahu Menantu Tiada Pekerjaan Tetap Selepas Berhenti Kerja’ – Bapa Mangsa Kelar Leher

Artikel berkaitan : Lelaki Bogel Tunggang Motosikal Rupanya Lari Lepas Kelar Leher Isteri, Anak

Artikel berkaitan : Lelaki Selamba Bogel Tunggang Motosikal Atas ‘Highway’

Jiran kepada mangsa meluahkan rasa trauma serta tidak menyangka suami wanita tersebut tergamak melakukan jenayah tersebut memandangkan dia seorang yang baik hati.

Suspek seorang yang baik

Menurut Rosiamawati Ramli, dia tidak menyangka bahawa suspek tergamak membunuh isterinya yang baru sahaja habis berpantang. Suspek dikatakan seorang yang baik bahkan tidak pernah menimbulkan masalah di kawasan kampung berkenaan.

Suspek seorang yang baik, malah pagi semalam suspek sempat belanja budak-budak yang bersarapan pagi di warung saya. Dia memang sebaik-baik manusia, tidak pernah kacau orang. Jika bertembung juga sering angkat tangan dan bertegur sapa.

Dalam pada itu seorang lagi jiran pasangan berkenaan, Hairi Hanapiah mengakui bahawa suspek memang seorang yang baik serta tidak mempunyai masalah dalam pergaulan.

Saya ada berbual dengan bapa suspek, bapanya cakap suspek juga tidak menunjukkan perubahan ketika mereka sekeluarga makan malam tadi. Memang terkejut lah sebab kita hari-hari lalu kawasan ini, memang kenal sekampung.

Sementara itu, pihak polis turut merampas sebilah pisau pemotong daging dan sebuah motosikal berwarna merah ketika menahan suspek.

Sumber : Sinar Harian

SKIP THIS AD ×