berita

Sempat Beritahu Dah Lengkap 2 Dos Vaksin, Arwah Wani Pesan Netizen Jaga Diri

August 19th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Viral di media sosial hari ini mengenai pemergian seorang wanita yang dikenali sebagai Wani Comel. Wani telah menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 9.00 malam semalam, akibat jangkitan Covid-19.

Artikel berkaitan: Wani Comel Meninggal Dunia

Menerusi pemerhatian pihak OhBulan! Wani dipercayai sudah menerima dua dos vaksin pada 22 Julai dan 12 Ogos yang lalu di Movenpick Hotel And Convention Centre KLIA.

Pergi ambil vaksin

Alhamdulillah, saya dah lengkap 2 dos vaksin. Yang mana belum vaksin, pergilah. Sekurangnya kita jaga diri kita.

Di Instagram, arwah Wani sempat memuat naik foto sijil digital vaksin yang diterimanya di aplikasi MySejahtera. Menerusi posting terakhir tersebut, arwah meluahkan rasa syukur kerana sudah menerima dua dos vaksin. Tambah arwah Wani, setiap individu perlu menjaga diri sendiri tatkala bilangan kes Covid-19 di Malaysia semakin meningkat.

Adik rindu abang

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ????? ???????? | 24 ?? (@wanicomel20)

Terdahulu, Wani memaklumkan berita sedih mengenai pemergian abang kandungnya, Allahyarham Mohd Saidan Ibrahim yang disahkan meninggal dunia pada 24 Julai lalu disebabkan serangan jantung. Kami daripada pihak OhBulan! ingin mengucapkan aalam takziah buat keluarga Allahyarhamah Nurul Airawani Nazira dan Allahyarhamah Putri Nur Rabiatul Nabibah. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.

Sumber: Wani Comel

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×