berita

Sempat Jerit Panggil Suami – Wanita Ini Kongsi Detik Cemas Hampir Dilarikan Orang Tak Dikenali

September 15th, 2016 | by Arini Saleh
Kini Trending

collage-diculik-header

Gila betul zaman sekarang ni, macam-macam kejadian jenayah yang berlaku sampai nak keluar rumah pun takut. Kanak-kanak dan kaum wanita memang senang sangat penjenayah ni nak jadikan target. Jadi berhati-hatilah sentiasa.

Ingat! Pastikan sentiasa lock pintu kereta. Jadikan pengalaman ‘ngeri’ wanita ini sebagai pengajaran. Wanita malang ini hampir dilarikan orang tidak dikenali. Nasib baiklah sempat jerit dan orang ramai menolong.. kalau tak…

Pastikan lock kereta kerana hampir dilarikan orang

diculik-3

Peristiwa petang tadi pengajaran dan peringatan buat semua. Pastikan lock kereta walau sekejap mana pun meninggalkan kereta. Lagi-lagi dengan keadaan enjin hidup. Masih trauma dengan peristiwa di mana saya hampir dilarikan oleh orang yang tak dikenali. Allah masih sayangkan saya. Sempat menjerit panggil husband kat dalam bank. Tragis sikit la sebab ada adegan terseret kat pintu sebab nak rampas kunci.

Masih trauma & badan lebam akibat pergelutan

diculik-1

Alhamdulillah, kuasa jeritan bekas koperal kadet polis ni dapat tarik perhatian orang ramai untuk tolong. Penjenayah berjaya ditahan. Sekali dengan kereta-kereta pun kena tinggal kat balai. Huhu. Sekarang still trauma dengan lebam-lebam dekat badan yang confirm tak dapat tidur la malam ni. Husband lebam teruk kat tangan atas usaha nak lunyaikan penjenayah.**tak pernah nengok husband ngamok sedemikian rupa. Ingat ya semua! Dulu saya selalu baca kes-kes macam ni kat fb. Sekarang saya alami sendiri. Beringat sebelum kena.

Seramnya! Memang selalu juga tunggu orang dalam kereta sementara mereka selesaikan urusan. Lepas ini kena pastikan sentiasa lock pintu! Dekat rumah pun kena sentiasa kunci pintu, jangan bagi peluang kepada penjenayah-penjenayah ini. Berhati-hatilah semua.

sumber: Nabila Huda Mohamad

SKIP THIS AD ×