berita

Sempat Makan & Mesyuarat Dahulu, Lelaki Gantung Diri Di Sisi Kapal

February 19th, 2019 | by faris
Isu & Kontroversi

Seorang lelaki yang berpakaian coverall jingga dipercayai kru kapal bekalan luar pesisir (offshore supply vessel) ditemui mati tergantung di sisi kapal dekat Pelabuhan Kemaman, Kemaman, semalam.

Foto berkenaan viral di laman sosial dan menimbulkan tanda tanya netizen yang bersimpati dengan si mati sehingga mengambil keputusan sebegitu.

Disedari kapten kapal

Kejadian itu disedari kapten kapal yang ternampak seorang manusia berpakaian seragam tergantung di bahagian sisi kapal itu.

Kapten kapal berkenaan kemudiannya menghubungi pegawai keselamatan di Pelabuhan Kemaman pada 2.45 petang untuk memaklumkan kejadian.

Sebaik menerima laporan, pegawai keselamatan yang bertugas di pelabuhan itu membuat laporan ke Balai Polis Kemaman untuk tindakan lanjut.

Ketika kejadian, kapal berkenaan berada di kawasan bersauh (anchorage area) pada jarak kira-kira 2.5 batu nautika dari Kemaman.

Baru 3 hari bekerja

Kru yang ditemui mati itu dipercayai mengalami masalah kemurungan dan baru sahaja tiga hari bekerja di kapal berkenaa. Lelaki 38 tahun yang berasal dari Sarawak itu ditemui rakan sekerjanya tergantung di sisi kapal berkenaan kira-kira 1.30 tengah hari.

Menurut sumber Harian Metro, sebelum kejadian, mangsa sempat bermesyuarat berkaitan hal kerja bersama kru lain di kapal itu.

Malahan, lelaki terbabit dan kru yang lain juga sempat makan tengah hari bersama selepas mesyuarat selesai sebelum mereka keluar ke dek kapal.

Bagaimanapun, selepas 30 minit, seorang kru melihat lelaki itu yang berpakaian seragam tergantung di sisi kapal sebelum memaklumkannya kepada kapten kapal.

Kapten kapal berkenaan menghubungi pihak pengurusan pelabuhan sebelum mereka menghubungi polis, pada 2.29 petang.

Dalam kejadian itu, mangsa dipercayai melilit seutas tali di lehernya sebelum terjun kira-kira 10 meter dari kapal berkenaan. Jerutan kuat menyebabkan leher mangsa dikatakan hampir putus. Usaha pihak kapal untuk menaikkan mayat pula menghadapi masalah kerana keadaan laut bergelora.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×