Sekadar gambar hiasan
Seorang ibu muda berusia 33 tahun ditahan polis selepas disyaki membunuh bayi yang baru dilahirkannya. Lebih kejam apabila suspek tergamak menyimpan mayat si kecil itu di rumah selama dua hari sebelum membuangnya di sebuah warung di Surabaya, Indonesia.
Bunuh bayi baru lahir
Sekadar gambar hiasan
Penemuan mayat bayi tersebut akhirnya membawa kepada penahanan seorang wanita. Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan tindakan suspek membuang bayinya di sebuah warung yang terletak kira-kira 500 meter dari rumahnya.
Semasa soal siasat, suspek mengaku berbuat demikian kerana belum bersedia untuk menambah cahaya mata memandangkan ekonomi keluarga yang tidak menentu selain sudah memiliki tiga anak yang masih kecil.
Suspek turut mendakwa telah menyembunyikan kehamilannya itu daripada suami. Setiap kali apabila si suami bertanya mengenai perutnya yang semakin membesar, suspek memberi alasan kononnya kembung kerana komplikasi pil perancang.
Sempat susukan bayi
Sekadar gambar hiasan
Menurut polis, suspek melahirkan bayinya sendirian di bilik air di rumahnya dan dia sempat membersihkan dan menyusukan bayinya. Suspek kemudian bertindak kejam dengan menekup mulut dan hidung bayinya selama lebih 10 minit sehingga mangsa tidak lagi bernyawa.
Bimbang tindakannya itu diketahui si suami, suspek nekad menyorok mayat mangsa di dalam almari pakaian dan menutupnya dengan beg tangan selama dua hari. Pada keesokan harinya, suspek keluar menaiki basikal untuk membuang mayat mangsa di warung berhampiran rumahnya.
Sumber: Jateng Tribunnews