berita

Sempat Nasihat Isteri Jangan Mulakan ‘Pergaduhan’, Wanita Dipukul Guna Tombak Kelapa Sawit Hingga Maut

May 6th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Gara-gara tidak tahan kerana sering dimarahi oleh isteri, seorang lelaki yang dikenali dengan nama Rizal bertindak kejam dengan memukul kepala isterinya menggunakan tombak sehingga maut.

Tak tahan asyik kena marah, bebel

Foto: Tribunnews

Memetik laporan Tribunnews, sebelum kejadian, mangsa yang bernama Yeti Septarini berusia 26 tahun yang berasal dari Indonesia ini telah memarahi suaminya sebaik sahaja lelaki itu baru pulang dari kerja. Bermacam-macam perkara yang dimarahi wanita ini termasuklah kerana ada sisa makanan tertumpah di lantai. Bahkan dia turut menuduh suaminya ada berhubung dengan wanita lain.

Pada ketika ini, suspek masih bersabar dan terus masuk ke bilik tidurnya untuk berehat. Pada awalnya dia menyangka isterinya itu akan berhenti ‘membebel’ tetapi sebaliknya pula yang terjadi apabila wanita ini terus memarahinya. Oleh itu, suspek bertindak mencampakkan bantal ke arah isterinya dan ketika itu, wanita ini seakan menyindir memberitahu bahawa suaminya hanya berani berlawan dengan perempuan sahaja.

Pukul kepala isteri guna lembing

Sekadar gambar hiasan

Menurut sumber, meskipun suspek sudah menasihati si isteri supaya tidak menimbulkan ‘kekecohan’ kerana malu jiran tetangga mendengarinya, tetapi mangsa sebaliknya memaki dan menggelarkan suaminya itu sebagai ‘anjing’. Pada saat ini, suspek sudah tidak dapat menahan sabar dan terus bertindak memukul kepala mangsa menggunakan tombak kelapa sawit yang berukuran 110cm.

Mangsa kemudian rebah dengan keadaan yang berlumuran dengan darah. Penduduk setempat bergegas ke lokasi kejadian selepas mendengar pertengkaran yang berlaku antara mangsa dan suspek. Tetapi malangnya, setibanya mereka di rumah terbabit, mangsa sudah tidak bernyawa. Berikutan daripada insiden itu, suspek telah ditahan oleh pihak polis bersama-sama dengan barang-barang bukti yang ditemui di lokasi kejadian.

Sumber: Tribunnews

SKIP THIS AD ×