berita

Sempena Hari Kebangsaan, Remaja Cabar Diri ‘Lepak’ Dengan Lima Ular Sawa Seberat 300 Kilogram

August 18th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Hari Kebangsaan bakal menjelma tidak lama lagi pada 31 Ogos ini! Seorang remaja, Adam Harith Mohd Ridzuan mahu mencipta rekod peribadinya dengan tinggal bersama lima ular sawa dalam sebuah bilik di rumahnya yang terletak di Balik Pulau, Pulau Pinang.

Ditemani ular sawa berat antara 100 hingga 300 kilogram

Menurut Adam Harith, 13, dia akan ditemani ular sawa batik ‘reticulated phyton’ dan ‘burmese phyton’ yang berusia tiga hingga 18 tahun selama enam jam 40 minit.

Katanya, selain mencabar keberanian diri, dia ingin memberi kesedaran kepada orang ramai supaya menyayangi haiwan terutama ular yang lazimnya digeruni.

Sejak kecil, saya sudah biasa bermain dengan haiwan peliharaan bapa ini dan tahu serba sedikit mengenai tingkah lakunya.

Sepanjang tempoh berkenaan, dia akan membaca buku, menyiapkan kerja sekolah atau bermain permainan video bagi mengisi masa lapang.

Untuk tinggal dalam bilik kecil bersama ular berkenaan memang perlukan keberanian namun paling penting, saya mahu mengajak generasi muda supaya sayangkan haiwan.

Persiapan rapi dalam aspek keselamatan

Sementara itu, bapa kepada Adam Harith iaitu Mohd Ridzuan Abdullah Zawawi, 37, berkata, dia sudah membuat persiapan rapi dalam aspek keselamatan selain menggandakan pemantauan pada hari berkenaan.

Sebenarnya ular ini, jika kita tahu kaedah menjaga atau menyediakan tempat tinggalnya dengan baik, ia akan menjadi haiwan yang jinak dan mudah dibela.

Namun seperti membela haiwan lain, kita juga perlu perhatikan tingkah laku ular itu kerana adakalanya ia juga boleh berasa tidak selesa atau tertekan dengan keadaan sekitar.

Mohd Ridzuan mempunyai hobi membela reptilia itu sejak kecil dan kini mempunyai 18 ular pelbagai jenis.

Antara ular sawa kesayangannya diberi nama Cik Kiah seberat 300 kilogram manakala Joyah dan Kak Timah pula masing-masing seberat 100 kilogram.

 

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×