berita

Sempena Hari Ulang Tahun Kelahiran Adik Autisme, Gadis Ini Kongsi Kenangan Suka Duka Bersama

July 31st, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Kasih seorang kakak terhadap adiknya yang mempunyai masalah autisme ternyata menyentuh perasaan netizen apabila gadis yang dikenali sebagai Puteri Farhana berkongsi kenangan suka duka mereka sebagai adik beradik.

Menurut Puteri, adiknya Megat Mukhreez yang digelar ‘panda’ merupakan anugerah paling istimewa buat mereka sekeluarga walaupun adiknya itu tidak seperti remaja lain dan sukar menyampaikan perasaan kepada orang-orang di sekeliling.

Happy Birthday Megat Mukhreez

We have good and bad days

Megat Mukhreez merupakan seorang remaja autisme yang sukar menggambarkan perasaan dan berkomunikasi dengan orang di sekelilingnya. Namun, sebagai seorang kakak, Puteri cuba sedaya upaya untuk memahami keinginan adiknya itu walaupun adakalanya dia sendiri tidak faham.

I didn’t see your autism as a negative

Semasa berusia 6 tahun, Puteri menyedari bahawa adiknya itu tidak mampu berjalan mahupun bercakap dengan dirinya. Namun, dia tidak pernah memandang individu yang menghidap autisme sebagai individu yang negatif. Malah, dia akan melindungi adiknya itu sekiranya dia diganggu.

Orang maki dan kata dekat Mukhreez

Tambahnya, jika adiknya itu menjerit di restoran mahupun tempat awam, orang yang berada di kawasan itu akan menjerit dan memaki hamun dirinya terlebih dahulu, kerana tidak mampu mengawal sikap adiknya itu. Pada masa yang sama, Puteri turut belajar tentang sikap manusia yang tidak mengenali individu yang menghidap autisme.

I don’t let people get into my head

Puteri juga menyatakan bahawa mempunyai adik seperti Megat banyak mengubah karakter dirinya sebagai seorang kakak. Dia berjanji akan sentiasa melindungi adiknya walau apa jua yang berlaku. Di samping itu, dia juga tidak dapat membayangkan jika kehilangan adiknya itu.

I love it all!

Setiap hari bersama Megat membuatkan dirinya sebagai seorang kakak sangat gembira walaupun sekadar membawa adiknya ke pusat membeli belah mahupun restoran makanan segera.

Just like a baby

I love you more

Mempunyai adik seperti Megat merupakan perkara paling indah dalam hidup Puteri. Dia berharap adiknya itu tahu bahawa kasih dan sayangnya tidak akan berubah sampai bila-bila.

Sumber: Puteri Farhana

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×