berita

Sempena Krismas, Polis Trafik KL Bagi ‘Hadiah’ Diskaun 50% Saman

December 13th, 2019 | by faris
Kini Trending

Sempena perayaan Krismas yang selalu sinonim dengan hadiah, Jabatan Siasatan & Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur (JSPT KL) ada ‘hadiah’ istimewa untuk pesalah trafik. Berita gembira itu diumumkan di Facebook rasmi JSPT pada Khamis.

Diskaun separuh harga

JSPT menawarkan diskaun sehingga 50% pada hari bertemu pelanggan yang dijadualkan berlangsung pada 24 dan 26 Disember ini di Balai Polis Trafik, Jalan Tun H. S. Lee 50000 Kuala Lumpur dari 8.30 pagi sehingga 4 petang.

Ada 6 pengecualian

Bagaimanapun terdapat beberapa pengecualian untuk bayaran saman diskaun tersebut. Antara yang tidak termasuk adalah saman kemalangan, saman status non-compoundable (NC) dan saman berstatus waran tahun semasa. Turut dikecualikan adalah saman dalam perbicaraan, saman Ops Selamat tahun semasa serta saman berstatus mahkamah & saman berkaitan lori.

Sumber: JSPT KL

The following two tabs change content below.