27 November 2017 merupakan tarikh paling bermakna buat pasangan artis popular, Fattah Amin dan Fazura kerana hari itu mereka disatukan sebagai suami isteri. Fattzura antara pasangan yang mendapat perhatian dan punyai ramai pengikut, ini kerana sikap kedua-dua artis tersebut sangat mesra dengan peminat serta merendah diri.
Sempena ulangtahun perkahwinan pertama mereka, Fazura telah memuat naik video di Instagram untuk berkongsi dengan peminatnya.
Selamat menyambut ulang tahun pertama!
‘Kita memang ditakdir bersama..’- Fattah Amin
Paling Sempurna
Terlerai sudah pencarian kasih
Takdir bertemu ketentuan ilahi
Dia wanita sempurna
Selama ini ku nanti
Hadir tak diduga
.
Sudah tertulis
Ditakdir bersama
Ikatan rindu menyatu kita berdua
Sungguh rasa bersyukur
Ditemukan lelaki yg paling sempurna
.
Kita memang ditakdir bersama
Hidup bahagia di istana cinta
Berjanjilah sayang
Kita hidup bersama
Hingga ke hujung nyawa..
.
Alhamdulillah genap setahun bahtera perkahwinan ini, Ku bersyukur di pertemukan oleh Allah dengan isteri yang Paling Sempurna pandai menjaga ku, ibu bapaku, keluargaku dan semua kenalan ku, Ya Allah kau kuatkan lah bahtera perkahwinan ini semoga kami dapat terus berlayar hingga ke Syurga Firdausi Mu Ya Allah Rabbal Alamin.
#palingsempurna @missfazura
Peminat tumpang gembira
Sumber: Instagram Fattah Amin & Fazura