Mesti korang dah terbiasa check notifikasi media sosial lepas habis waktu kerja atau tengah rehat kan? Maklumlah nak tahu perkembangan kawan-kawan atau selebriti kegemaran kita lah katakan.
Sebelum tu min nak tanya korang ada pernah terfikir nak jadi influencer tak? Yelah kita selalu dengar kalau jadi influencer ni gaji mesti lebih dari 5 digit, hidup bergaya selain mempunyai followers yang ramai di media sosial.
Tapi korang tahu tak macam mana nak jadi influencer yang berkualiti sepanjang masa? Sebenarnya pekerjaan influencer ni tidak semudah ABC yang kita bayangkan tau. Tak percaya?
Haaa…jom min kongsi kan kisah seorang influencer ni, mana tahu korang boleh terinspirasi darinya.
Siapa Nur Afifah Binti Mohd Zubir?
Siapa jer tak kenal Nur Afifah ni weh! Min memang adore dengan dia sejak dari dulu lagi. Korang bayangkan eh, dari seorang pelajar yang berlatar belakangkan perbankan Islam dan kini telah bergelar lifestyle influencer. Wow!
Selepas tamat jer belajar, Nur Afifah cuba berjinak-jinak dalam platform media sosial untuk mencuba nasib memperoleh keuntungan darinya.
View this post on Instagram
Betul lah pepatah ada mengatakan, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Segala usaha Nur Afifah membuahkan hasil apabila berjaya memperoleh followers yang ramai dia laman sosial Instagram dan Twitter.
Bukan setakat tu jer, Nur Afifah juga telah banyak berkolaborasi dengan jenama terkenal yang lain untuk membuat content yang menarik. Bukan biasa-biasa!
Shopee Affiliate membantu Nur Afifah menjana pendapatan
Untuk pengatahuan korang, Nur Afifah juga kongsikan macam mana dia boleh menjana duit walaupun tengah tidur. Korang mesti nak tahu kan?
Sebagai seorang influencer yang menggunakan affiliate marketing untuk mendapatkan duit, Nur Afifah hanya perlu berkongsi tentang gaya hidup dan produk kecantikan yang sering digunakan kepada semua followers nya di platform media sosial.
Menurutnya lagi, semua ini bermula dengan sekadar hobi bagi mengisi masa lapang dan kini dia telah mempunyai 94.6k followers di Instagram dan 25.4k followers di Twitter. Mantap!
Setiap kali lepas kelas dan pada hujung minggu, Nur Afifah akan berkongsi tips solekan, tutorial solekan dan produk yang dia suka kepada followers nya dan dari situ ianya bertambah dari semasa ke semasa.
Hidup tidak selalunya indah, langit tidak selalunya cerah!
Biasalah setiap perjalanan orang berbeza dan perlu mengambil masa!
Nur Afifah percaya bahawa pentingnya untuk menjadi diri sendiri dan ikhlas dalam apa yang dilakukan kerana ia akan mempengaruhi reputasi kita di masa akan datang.
Kalau korang nak tahu lah kan, perkara yang amat ditakutkan oleh semua influencer adalah cancel culture.
Sebagai seorang influencer, Nur Afifah perlu sentiasa berhati-hati dalam setiap percakapan dan tindakan yang dilakukannya.
Menurut Nur Afifah lagi, suatu hari nanti orang akan menyayangi kita dan mengatakan perkara yang baik tentang kita dan keesokan harinya kita boleh di cancel atau blacklist kerana sesuatu yang kita katakan atau lakukan.
Apa yang membimbangkan Nur Afifah ialah, macam mana untuk kekal relevan walaupun semakin meningkat usia dan perlu bersaing dengan influencer yang berbakat baru hari demi hari.
Kebimbangan ini sentiasa membuatkan Nur Afifah berfikir bahawa dia akan kehilangan followers nya ataupun mereka sudah bosan dengan content yang dilakukannya.
Walaubagaimanapun, Nur Afifah hanya perlu kekal positif dengan cabaran yang dihadapinya bak kata pepatah, selepas hujan, pasti munculnya pelangi!
Disebabkan itu, Nur Afifah perlu sentiasa konsisten menghasilkan content yang jujur sekaligus mampu menarik perhatian orang ramai.
Yelah, dah nama pun influencer, setiap apa yang korang cakap tu sedikit sebanyak akan mempengaruhi followers korang.
Nur Afifah sentiasa mantapkan skill perhubungan awam (PR) nya seperti, beramah mesra, rajin reply komen dari followers nya dan selitkan mesej-mesej positif sekali. Barulah ada positive vibes dan orang mesti akan tertarik punya.
Cara ini mampu memberikan kepercayaan jangka masa panjang dan followers nya akan sentiasa setia dengannya.
Bagi min kalau kita nak menginspirasikan seorang influencer tu, kita kena pastikan mereka sentiasa menjalankan kerja dengan jujur barulah kita rasa yakin dengan mereka betul tak?
Bukan senang nak senang, segalanya perlukan usaha dan pengorbanan untuk berjaya.
Akhirnya segala usaha membuahkan hasil
Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya, betul tak?
Segala kegigihan yang ditunjukkan oleh Nur Afifah membuahkan hasil apabila dia kini menjadi antara influencer yang paling berpengaruh.
Mesti korang tertanya-tanya macam manalah Nur Afifah dapat inspirasi untuk membuat content yang menarik kan? Katanya, dia hanya follow the flow kerana idea yang datang selalunya secara tiba-tiba.
View this post on Instagram
Contohnya, kalau pergi travel Nur Afifah akan membuat ulasan berkenaan hotel, kedai makan, tips ketika travel dan sebagainya sebab itu merupakan content yang mampu menarik perhatian ramai orang.
Min memang suka content macam ni, mana tahu ada rezeki min travel jugak satu hari nanti kan. Heheh!
Pssttt….sebenarnya Nur Afifah merupakan Top Shopee Ambassador 2020 tau. Hebat kan!
Ini merupakan satu pencapaian terbesarnya dan sebab ini lah dia sentiasa ingin menjadi influencer yang berkualiti dari semasa ke semasa.
Berdasarkan pengalaman sendiri, nasihat Nur Afifah ialah, “jika korang tidak pernah mencuba, korang tidak akan tahu hasilnya.
Tapi korang kena tahu yang Nur Afifah telah banyak berkorban untuk memperoleh pencapaian ini. Antaranya, dia menghidap scoliosis kerana bekerja terlalu lama sehingga mengabaikan kesihatannya.
Semenjak dari hari itu, Nur Afifah akan menumpukan lebih banyak perhatian kepada kesihatan nya dan mendapatkan rehat yang cukup.
Ingat jangan lupa untuk utamakan kesihatan korang dulu tau!
Sosial media influencer memainkan peranan penting dalam platform E-dagang
Segalanya bermula apabila Nur Afifah mendaftar sebagai Shopee Ambassador. Berkat tunjuk ajar dari pihak Shopee telah membuahkan hasil apabila Nur Afifah berjaya menarik ramai followers baru sepanjang perjalanannya bergelar influencer.
Usaha yang ditunjukkan oleh Nur Afifah dan tunjuk ajar dari pihak Shopee telah membuahkan hasil apabila dia berjaya menarik ramai followers baru
Bukan itu jer, Nur Afifah juga merupakan seorang yang kreatif dari segi edit gambar dan video nya baru lah lain dari yang lain.
Dia juga sentiasa peka dalam isu yang sensitif supaya tidak menimbulkan sesuatu isu yang negatif dan mungkin memakan dirinya nanti.
Tak sia-sia Nur Afifah menghasilkan content dengan caranya tersendiri. Bila korang jujur dan jadi diri sendiri, lagilah followers korang meningkat.
Sungguh mengagumkan lagi untuk melihat sejauh mana kemajuan E-Dagang boleh dicapai dengan bantuan sosial media influencer ni.
Influencer merupakan kunci utama untuk membina komuniti jenama secara online yang boleh memberikan kepercayaan kepada orang ramai tentang penggunaan platform e-dagang seperti Shopee.
Platform E-dagang kini mampu menarik perhatian orang ramai terutama golongan muda kerana shopping secara online adalah lebih mudah kerana semuanya berada di hujung jari.
Sebab ini lah, peranan influencer sangat penting dalam platform E-dagang dan kita dapat melihat bahawa pembeli lebih yakin untuk membeli apabila influencer kegemaran mereka membuat ulasan berkaitan sesuatu produk itu lebih-lebih lagi jika produk tersebut ada promosi.
Bagi Nur Afifah, semua ini memerlukan masa dan kerja keras yang berterusan. Setiap pekerjaan mempunyai cabarannya dan penting untuk menghormati pekerjaan dan kerjaya orang lain kerana kita semua mempunyai peranan untuk dimainkan.
Segalanya bermula dengan Shopee!
Korang yang berminat tu boleh lah try join Shopee Ambassador, Shopee Affiliate Programme, Shopee Influencer Marketing Programme atau Shopee Live sebab mereka ada menyediakan platform yang sudah kukuh untuk membolehkan korang menjadi influencer untuk berhubung dengan orang ramai.
Shopee memang menggalakkan influencer untuk terus membina kesetiaan dan kepercayaan dengan menjadi diri sendiri dan sentiasa membuat content yang jujur agak mampu menarik lebih ramai followers baru di masa akan datang.
Klik sini kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai Shopee Affiliate Programme ni, mana tahu lepas ni korang pulak yang jadi Top Shopee Affiliate. Hebat kan!
Apa-apapun jangan lupa untuk shopping dengan jimat di Shopee tau.