Sekarang ni, semua benda kalau boleh nak jimat. Nak jimat berbelanja la, jimat penggunaan air dan elektrik la. Yelah dengan keadaan ekonomi dan pendapatan yang tak seberapa, kita kena bijak mengawal perbelanjaan supaya tak membebankan kita di masa akan datang.
Kali ini menerusi Facebook Shofi berkongsi sedikit tips dan panduan penjimatan minyak bagi sesebuah kenderaan yang fokus kepada mengoptimumkan kenderaan dan mengurangkan rintangan. Korang kena cuba tips ni! Mana tahu dapat meringankan beban masalah ekonomi peribadi.
Rim dan Angin tayar
Memastikan tekanan tayar dalam keadaan yang tepat adalah penting. Bila tayar kurang angin, akan menyebabkan rintangan. Tenaga lebih banyak diperlukan untuk memusingkannya. Memang wujud tayar yang fuel economy (Eco Tyre). Low resistance to roll. Beza pada komposisi dan design bunganya. Contoh, tayar yg ringan dan bunganya halus lebih fuel economy dari tayar yg bunga kasar dan berat. Menggunakan Nitrogen Gas utk angin tayar tidak menjimatkan minyak.
Rim standard kilang adalah antara yg terbaik. Namun ia boleh ditambah baik dengan menukar rim yang lebih ringan. Rim yg berdiameter lebih besar dari rim asal dan berat akan effect pada fuel.
Rutin penjagaan dan air filter
Rutin penjagaan amat penting untuk memastikan mechanical parts berfungsi dengan baik. Contoh, maintainance minyak enjin, minyak gear, spark plug, air filter. Servis ikut interval. Jangan sibuk nak sedap tapi maintainance tak jaga. Check juga keadaan wheel bearing. Worn out wheel bearing akan effect kelancaran. Jangan ingat motor je kena buat valve clearance, kereta pun kena untuk memastikan enjin bekerja dalam keadaan optimum.
Bagi air filter pula, standard adalah baik. Menukar kepada jenis free flow seperti drop in, open pod akan effect fuel. Yes, more air flow means more power but more fuel involved.
Minyak enjin, gear dan spark plug
Spark plug haruslah mengikut code yang betul. Ada sebab kenapa ia dibuat ada pelbagai code. Walaupun fizikalnya sama, boleh pasang, boleh function tapi jika code tak tepat maka tak optimum. Upgrading boleh membantu. Contoh upgrade ke iridium plug menjadikan respon enjin lebih baik. Less fuel diperlukan engine operation.
Pemilihan miyak enjin dan gear mengikut spec atau viscosity yang betul amat penting. Oil ada weight dia yang tersendiri. Contoh, minyak yangg pekat akan memberatkan enjin so more fuel involved. Ikut spec yang disarankan oleh car manufacturer.
Kurangkan beban kereta dan betulkan gaya pemanduan
Keluarkan semua benda yangg tak perlu di dalam kereta. Lebih banyak beban lagi banyak tenaga diperlukan untuk move. So lebih fuel diperlukan tatkala korang akan tekan pedal lebih banyak. Kalau boleh kuruskan badan kasi ringan skit hehe.
Memecut dan berhenti dengan mendadak juga akan effect penggunaan minyak. Drive dengan berkhemah. Kaki jangan berat sangat.
Remap ECU dan jaga komponen elektrik yang lain
Semua ecu adalah default setting dari kilang. Tapi bila run di kereta akan ada ralat sikit. So mcm perodua dah ada geng yang boleh remap ecu asal tu untuk kasi optimum sewaktu operasi. Ya ini banyak membantu save fuel. Bagi yang tak boleh remap, pemasangan management dan tune up boleh membantu untuk optimize
Selain itu, optimize on electrical system boleh membantu since engine operation melibatkan elektronic / injection. Contoh, add more grounding (terlebih grounding pun akan effect fuel). Memastikan charging alternator baik dan bateri yg berkeadaan baik. O2 sensor juga ada lifetime. Ya ia akan menyalakan check enjin jika problem namun ada alat untuk sukat reading dia. Jika reading dah kurang baik eloklah tukar. Contoh, tukar setiap 150,000KM. Menambah bebanan pada sistem electrical akan effect fuel. Penambahan perlu balance. Contoh, bila banyak bebanan on electrical component sush as audio sistem, you need upgrade in alternator / bateri.
Sistem ekzos dan pemasangan body kit
Ekzos yangg standard kilang tu adalah terbaik. Mengubah sistem ekzos akan effect pada fuel. Ya nak kasi lawas dan power. More power more fuel. Kena consider bila sistem ekzos yang dah berusia. Fibre dia dah habis, catalic sumbat dan sebagainya.
Di samping itu, pemasangan aksesori tambahan seperti skirting, spoiler atau aksesori luaran pada body yang sizenya kurang munasabah akan menyebabkan rintangan. Rintangan akan effect kelancaran sekaligus effect pada fuel. Buka tingkap juga akan menyebabkan rintangan.
Penjagaan air-cond dan jarak perjalanan
Kondisi jalan juga effect. Contoh, long distance drive seperti highway akan beri fuel efficiency dibandingkan drive di dalam town / kondisi jalan berbukit bukau dan mencabar. Pemanduan malam hari dan siang hari effected juga. Mungkin faktor suhu udara.
Pastikan juga sistem aircon dalam keadaan baik supaya dapat jimat minyak. Contoh, AC sistem yg baik, conpressor hanya perlu bekerja sekejap saja utk dapatkan suhu kesejukan yang dimahukan. Bila compressor bekerja lebih lama maka lebih banyak tenaga yg diambil dari enjin, lalu lebihlah guna fuelnya. Penjagaan minyak compressor juga memastikan ia lancar ketika beroperasi. Jangan ingat enjin je ada minyak. Compressor pun ada dan kena jaga
Terdapat pelbagai jenama petrol dan jenis ron di pasaran. Ya memang ada perbezaan fuel consumption. Ada jenama yangg lebih mielage
Buat masa ni, ini saja yg dpt aku fikirkan. Usah terpedaya dengan mitos-mitos alat penjimat minyak atau mitos menukar itu dan ini seperti injektor, fuel pump, dan sebagainya utk jimat minyak. Itu semua wayang.
Sumber: Shofi