berita

Semuanya ORIGINAL – Sport Planet Sale Kembali Lagi Dengan Diskaun Hingga 90% Wei!

July 19th, 2019 | by Intan Mahsuri
Shout Out!

Sale dan min memang tak boleh dipisahkan? Min memang suka share dengan korang sale yang min rasa rugi kalau korang tak pergi. Bukan apa, kalau dah diskaun sampai 90% takkan nak makan sorang, kan?

Sale Sport Planet kembali lagi! Macam-macam ada…

Sale yang min maksudkan ialah sale Sport Planet yang bakal berlangsung pada 26 Julai hingga 4 Ogos di Berjaya Mega Mall, Kuantan. Bukan biasa-biasa jenama produk yang diorang tawarkan tau. Antaranya adidas, PUMA, Timberland, Yonex dan banyak lagilah!

Korang nak cari apa? Kasut? Jersi? Peralatan sukan? Raket badminton? Bag pack? Bola? Stokin? Pokoknya, apa saja peralatan sukan yang korang nak cari, diorang ada jual. Tinggal pilih byang mana korang berkenan je.

Diskaun sehingga 90%! Memang tak rugilah!

Kalau bab harga jangan sembang la. Memang murah kaw-kaw. Terjojol biji mata tengok harga yang ditawarkan. Sport Planet bila buat sale memang tak pernah mengecewakan. Korang akan tersenyum sampai gusi tengok potongan harga yang diorang tawarkan.

Ada 3000 jersi pasukan bola sepak Pahang. Pilih jangan tak pilih!

Eksklusif untuk warga Pahang, sale kali ni Sport Planet tawarkan 3000 helai jersi pasukan bola sepak Pahang untuk korang grab. 100% authentic tau. Cakap je korang nak saiz apa dekat staff Sport Planet, diorang akan bantu. Yang penting Harga meletop kebabom! RM20 ja korang! Harga asal RM100! Tak rugi beli.

Kredit: Facebook Berjaya Megamall Kuantan

Jadi, apa lagi korang tunggu? Jom serbu Berjaya Mega Mall, Kuantan dari 26 Julai hingga 4 Ogos ni dan dapatkan peralatan sukan idaman korang! Bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Nak tahu lebih detail, klik link dekat bawah.

Facebook: Sport Planet