berita

Semuanya Sudah Terjawab Mengenai TikTok Shop!

December 28th, 2023 | by Syamirul
Kini Trending

Apa! Masih ada yang tak tahu tentang fungsi TikTok Shop yang sebenarnya?

Haaa…Kini semuanya sudah terjawab, TikTok Shop merupakan satu platform e-dagang yang memberi peluang kepada usahawan besar dan kecil untuk berjaya menerusi Shoppertainment dengan menggabungkan content, perniagaan dan kreativiti.

TikTok Shop memperkasakan penjual!

Untuk pengetahuan korang, #tiktokmademebuyit kini telah pun mendapat lebih daripada 80 billion tontonan di seluruh dunia yang boleh dikatakan hampir sama dengan penduduk seluruh dunia yang melihat hashtag sebanyak 10x setiap satu.

Walaupun ramai pengguna menggunakan hashtag ini untuk berkongsi content-content terbaik mereka, TikTok Shop di Malaysia telah membawa makna yang baharu dalam dunia membeli-belah secara online.

TikTok Shop Malaysia mula diperkenalkan pada awal tahun 2022 dan telah mengumpul lebih daripada sejuta penjual, 1.7 juta affiliate creator yang memperoleh sebahagian besar hasil pendapatan dengan mempromosikan produk mereka di platform TikTok Shop.

Dengan memanfaatkan kuasa Shoppertainament, penjual TikTok Shop – 98% daripadanya PKS – telahpun berjaya mengubah kehidupan mereka dan orang lain yang bekerja dengan mereka.

Mitos atau fakta!

Sudah menjadi kebiasaan bila ada sesuatu yang baharu pasti akan ada persoalan yang timbul betul tak?

Jom min bongkarkan 4 tanggapan yang salah mengenai TikTok Shop dan cara bagaimana platform ini menyokong dan memperkasakan landakap e-dagang pada masa kini.

TikTok Shop membuka peluang untuk semua!

Ketidaktentuan pasaran sejak beberapa tahun kebelakangan ini telah membuktikan bahawa peningkatan kemahiran dan ke arah digital amat penting bagi perniagaan bukan sahaja untuk bertahan tetapi juga berkembang dengan maju.

Oleh itu,  TikTok Shop telah memberikan sokongan kepada semua perniagaan yang berhasrat untuk menerokai pasaran digital, sama ada mereka mempunyai kedai fizikal atau tidak dan buat mereka yang mahu bermula berniaga.

Melalui cara ini, pemilik perniagaan boleh membuat keputusan sendiri, mempelbagaikan kreativiti, dan membina komuniti mereka sendiri. TikTok Shop menyediakan peluang yang sama kepada semua penjual untuk berjaya dan juga memastikan pengalaman membeli-belah yang menyeronokkan di platform tersebut.

Tidak lupa juga, keselamatan dan kepentingan kedua-dua pihak pembeli dan penjual sangatlah penting buat TikTok Shop dan setiap langkah yang diambil untuk mengembangkan TikTok Shop, dilakukan dengan mengambil kira pelbagai aspek dan manfaatnya.

TikTok Shop percaya bahawa Shoppertainment merupakan jalan yang terbaik untuk terus maju kedepan dan mampu menarik minat masyarakat hari ini.

Untuk maklumat lanjut korang boleh klik SINI.

SKIP THIS AD ×