berita

Senang Kerja! Polis Tangkap Perompak Tengah Nenyak Tidur Atas Katil

November 1st, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Akibat tertidur di atas katil sebuah rumah yang dirompaknya, seorang pencuri ditahan pihak polis di Indonesia.

Artikel Berkaitan: Lelaki Ditangkap Sebab Mencuri, Selamba Berak Dalam Kereta Polis

Tidur di atas katil

Memetik laporan Detik News, suspek ditahan selepas pemilik rumah menangkapnya sedang tidur di dalam bilik.

Menurut Ketua Unit Siasatan dan Jenayah Polis Pademangan, AKP I Gede Gustiana Wijaya Kusuma, mangsa, Taufik hanya ingin memeriksa rumah ibu bapanya kerana sudah lama kosong sebelum menyedari dimasuki pencuri.

Ketika kejadian, Taufik mendapati pintu rumahnya rosak dan apabila dia memeriksa, dia mendapati suspek sedang tidur di atas katil di salah satu bilik.

Jadi, apabila mangsa ke rumah ibu bapanya, ada seorang yang tidak dikenalinya tidur di atas katil. Akhirnya dia meminta bantuan ketua kampung untuk menghubungi pihak polis.

Sementara itu, pihak polis, pemilik rumah dan juga beberapa orang penduduk kampung berkumpul di rumah mangsa untuk mengejutkan suspek yang sedang tidur.

Disebabkan itu, suspek telah ditahan dan dibawa ke Polis Pademangan untuk disoal siasat.

Sumber: Kompas, Detik News

SKIP THIS AD ×